لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:
“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.
Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”
Syarat-syaratnya :-
1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.
2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.
3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.
__________________________________________
Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.
*al-ahkam
.....................................................................................
Salam...ape hukum menonton wayang?Haa...soalan ni memang sering melilau-lilau di fikiran sekarang nih.Ok,saya akui suka menonton wayang..selalu lah jugak tapi tak kerap.macam-macam cerita dah tengok..sejak kerja kat bandar lah pandai sangat wat perangai nih.ingatkan dah nak stop perangai ni tapi tak jugak.maklumlah,cerita best lambat keluar kat tv kan..cite 1st tengok tak ingat dah la..tapi yang terakhir 'pappadom'..sebelum tengok pappadom,layan jin notti raya puasa baru nih.lepas tengok jin notti,ade sahabat saya pesan tak baik tengok wayang.maaflah saya tak dapat nak cerita detail hasil perbincangan kami berdua.tapi kesannya,hati saya nekad tak nak menonton lagi.dah lumrahnya manusia,lepas tu pegi tengok lagi.mana nekadnya tadi,astaghfirullahalaziim..degilnya saya.nah,hasilnya..cerita yang kelakar berdekah-dekah orang lain ketawa,saya hanya mampu terdiam..dalam hati subhanallah..rasa bersalah sangat-sangat.mana nekad saya sebelum ni.nampak sangat iman saya memang tak kuat.saya tak mampu tarbiah diri saya sendiri.tapi saya bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat yang tak pernah jemu nasihatkan saya.pesanan tu berkesan tapi hati saya yang degil.syaitan dah kuasai hati saya.balik pukul 1 pagi pun tak kesah dah.yang penting enjoy.enjoykah tu?akhirat nanti enjoykah saya?masyaAllah..semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya,lembutkan hati saya untuk menerima nasihat dan terangi hati saya dengan perkara makruf,amiin ya Rabb..






