Sunday, October 27, 2013
kehilangan yang besar
sejak 13.10.2013 saya mengalami pendarahan yang tak teruk,lebih kepada spotting,bukan bleeding..saya fikir mungkin sekejap je ni tapi saya tetap ke klinik swasta untuk pemeriksaan.bila scan,kantung tak kelihatan.dada dah sesak nih.saya balik rumah keadaan tetap sama sampai 21.10.2013 saya pergi ke hospital pulak..6jam saya kat hospital,biasalah hospital kerajaan..slow!mulanya saya scan di bilik rawatan kecemasan..kantung ada tapi kurang jelas.saya dirujuk ke doktor sakit puan.scan lagi sekali kat perut,janin kecil macam 6minggu,sedangkan kandungan saya dah 12minggu.jantung pun tak berdegup..untuk pengesahan,scan ikut bawah pulak.keputusan yang sama.doktor suruh saya balik dulu dan tunggu dalam masa seminggu,mana tau janin akan keluar dengan sendiri.kalau tak keluar saya terpaksa serah diri pada 28.10.2013.saya tak mampu cakap apa-apa masa tu..keluar dari hospital menuju ke parking kereta yang agak jauh,airmata saya menderu turun.
balik rumah saya buat solat hajat mohon dipermudahkan semuanya..23.10.2013 saya tertidur lepas zohor..dalam pukul 4.30 petang saya terjaga,nak ke bilik air bersiap untuk solat asar.elok je bangun dari katil saya rasa nak buang air,tak dapat ditahan-tahan..saya dapat rasa sesuatu yang aneh.Allahu Rabbi,saya keguguran!!saya panggil mak saya,syukur juga abah saya balik kerja awal hari tu.saya cuba col suami tapi tak dapat memandangkan dia bertugas masuk hutan di Gemas.saya cuba hantar sms dengan harapan akan sampai sms ke sana..
saya dah mula sakit-sakit,kami berkejar ke HTAA Kuantan..dalam 6.00 petang kami sampai terus ke bahagian kecemasan.malangnya sekali lagi lembab kat situ.saya terpaksa menunggu 2 jam sebelum dapat rawatan.darah membuak-buak,basah pakaian dengan darah..dengan perut sakit sangat-sangat..bila doktor tengok keadaan saya,saya dikejarkan ke wad kecemasan.doktor berusaha keluarkan baki darah beku yang tertinggal.tapi tak dapat keluarkan semua.saya dipakaikn pakaian pesakit,kena ambil darah dan dimasukkan air.agak lama saya kat situ..pukul 10.30 malam saya dihantar ke wad.sian mak & abah saya terpaksa tunggu sampai malam.dalam perjalanan balik mereka singgah di kem batu 10,buat mesej untuk suami saya.dengarnya 2 pagi baru mereka sampai rumah.ingatkan dah lega,sekali lagi saya ke bilik rawatan wad teratai 2c.kat situ doktor cuba keluarkan lagi,dalam pukul 12 tengahmalam baru lah saya dapat rehat di katil..
dalam pukul 4 pagi nurse datang kejutkan saya untuk suntikan mengecutkan rahim.saya yang mamai pakai angguk je.pagi esok saya ke bilik rawatan lagi,doktor scan dan beritahu yang saya terpaksa dicuci sebab ada lagi yang tertinggal.tapi Allah mudahkan,pakar beritahu tak perlu cuci.Alhamdulillah.......petang 24.10.2013 saya dah boleh discharge.syukur...malam tu baru suami saya sampai ke rumah,agak lewat sebab dalam bertugas susah nak balik.
bila dah balik saya masih sakit-sakit..dan pagi tadi baru lah keluar janin yang sebenarnya..Allahu Rabbi..mujur takde ape-ape kat saya selama beberapa hari ni.kehilangan Abdullah sangat perit bagi saya.3bulan saya mengandung tapi bukan rezeki kami.kami suami isteri redha..mungkin ada yang lebih baik untuk kami berdua.kesudahnnya,saya dah 5 hari berpantang...rupanya lagi teruk dari pantang orang bersalin.takpalah..yang penting sihat..
Abdullah sentiasa dihati Abah & Ummi
Sunday, September 29, 2013
tahniah mohd azhar & isteri
saya pernah berkawan dengan dia sebelum kenal suami saya.tapi dia macam serik dengan perempuan,mungkin ada kisah-kisah lampau yang dia tak mau ingat tentang perempuan.sepanjang berkawan dengan saya selama beberapa bulan pun memang nampak dia macam 'anti perempuan'.hohoho..
dengan saya pun jarang berhubung,macamne boleh kenal dia pun saya lupa.tapi dah lama-lama kawan tu dia bagitau direct kat saya yang dia tak mau kawan dengan saya dah,apa masalah pun tak tau.
dia bagi no telefon saya pada suami saya,main passing gitu je nombor saya.nak marah betullah!tapi alhamdulillah,saya nak jumpa dia bila-bila & nak ucapkan jutaan terima kasih kat dia sebab bagi no.telefon saya kat suami saya.kalau dia tak bagi mungkin saya tak kawin-kawin lagi.hehe..
tahniah lah kat awak yer,jaga rumahtangga baik-baik.lagi satu janganlah sibuk tanya pasal saya kat suami saya,tau lah kamu berdua satu kem je.masing-masing dah ada rumahtangga sendiri.suami saya jeles tau,walaupun isteri dia ni tak comel dimata orang lain tapi dimata dia saya comel.hahaha..ok lah jaha,saya tau awak akan baca ni.babai
picnic @pantai sepat
Tuesday, August 27, 2013
Syukur,syukur ya Allah
Alhamdulillah,syukur ya Rabb dengan rezeki yang dikurniakan.moga ALLAH memudahkahkan urusan kami sekeluarga.inshaALLAH
Monday, June 17, 2013
NORHARYANTI & MAZNAN (26/05/2013)
Sunday, April 7, 2013
aduhai guruku sayang
mintak alamat,mintak doa..
terima kasih cikgu Zarinah Mat Yasin atas doa tu..
Moga Allah merahmati cikgu sekeluarga..
harap-harap dapatlah mantan guru kelas saya ni datang ke walimah saya nanti.
serius rindukan cikgu!!!
MISI 26 MEI 2013
12 bulan sebelum
Tarikh Majlis Akad
Tarikh resepsi sebelah perempuan
Tarikh resepsi sebelah lelaki
Tema Warna (Akad, Resepsi, Sambut Menantu/Bertandang)
Lokasi Majlis (Akad, Resepsi, Sambut Menantu/Bertandang)
8 bulan sebelum
Baju pengantin semasa akad
Bilangan persalinan
Baju pengantin semasa persandingan
Baju pengantin semasa bertandang
MUA semasa akad
MUA semasa persandingan
MUA semasa bertandang
Hadiri kursus kahwin
Tentukan wang hantaran
Beli barang hantaran
6 bulan sebelum
Hadiri kursus kahwin jika belum
Tempah kadi nikah
Survey fotografer
Survey videografer
Beli cincin kahwin/ gelang untuk batal air sembahyang
Tempah Katering
List down senarai tetamu
Tentukan DJ/MC
Confirm sebarang show
Rancang spa appointments
Lantik Pengapit
Lantik Bridesmaids (pilihan)
Tentukan dan agihkan tugas pengapit dan bridesmaids
Lantik Floor Manager (pilihan)
Tentukan penyambut Tetamu
Lantik Bendahari Majlis
*kadi nikah = belum.yang lain setel
3 bulan sebelum
Pilih kad kahwin
Hantar print kad kahwin
Design Penanda Arah
Semak tempahan dewan
HIV Test
Tentukan saksi akad
Tentukan wali akad
Beli barang hantaran
Re-confirm senarai tetamu
Thank You Tag
Ambil kad kahwin
2 bulan sebelum
Confirm pengapit
Baju dan aksesori pengapit dan bridesmaids
Hantar kad kahwin
Pilih konsep bunga telur dan beli
Setelkan doorgifts
Fitting baju sanding both venues
Meeting dengan bridesmaids dan pengapit
Bachelorette's Party (pilihan)
3 minggu sebelum
Make sure pakaian pengantin siap
Make sure pakaian pengapit dan bridesmaids siap
Lantik penjaga barang semasa majlis
Set event flow dengan floor manager
Meeting dengan caterer
Meeting dengan OV/OP
Meeting dengan pelamin setter
3 hari sebelum
Confirm design pelamin
Siapkan hantaran
Remind tetamu akan majlis
Dapatkan OP/OV datang awal
Mandi aura / bunga
Tidur awal
Confirmkan semua peranan urusetia
Sunday, March 24, 2013
Tahniah PIJA & PIYEN
Wednesday, March 20, 2013
Syukur..3 tahun
20.03.2013. Alhamdulillah hari ni genap 3 tahun kami berkawan.syukur sangat,banyak pahit manis sepanjang 3 tahun ni.paling manis selamat ditunangkan 9 bulan lepas..
Doakan urusan kami dipermudahkan ye!
#misi26mei
Tuesday, February 12, 2013
Tahniah sahabat
Salam.tahniah dan selamat pengantin baru buat sahabatku Siti Rahani & Syed Mohd Nazrun. Alhamdulillah selamat dinikahkan pada 09.02.2013,majlis besarnya pada 10.02.2013..
Buat Anie,walau jasad kita jauh tapi hati kita selalu dekat tau.sedihnya bila fikir-fikir.bukan sedih apa pun,tak dapat jumpa kerap lagi dah.tak dapat keluar sama.keluar bandar pagi balik umah malam.haha.kita buat apa tah kat bandar lama gitu.tapi satu je lagi plan kita belum terlaksana kan.insha Allah bila kita sama-sama dah berkeluarga,kita jalankan plan kita nak berkelah & berbbq tepi pantai tu.tak dapat buat kat pahang,kita buat kat kelantan ye.hihi.
Ok,dari kejauhan aku doakan mu kekal bahagia dengan suamimu ke akhir hayat.Jangan lupa datang majlisku nanti.Duduk Ipoh tu ingat saem mu sini.Ooo sedih kakloh lh ingat ko mu mek ani.majlisku esok sapo hok buleh tulun.
Terimakasih jugak keranamu aku boleh kenal lelaki namo Maznan loni jadi tunang aku.hihi.mekasih dih.sayae ko mu.jupo jumaat ni bebeh
Monday, February 11, 2013
persiapan seterusnya
Monday, January 28, 2013
Sudah tidak jauh
Salam..bizinye,lame sssgt x update kat cni.Alhamdulillah dh msuk tahun 2013,penghujung januari dah pun.bermakna tinggal lagi dalam 4 bulan je majlisku.huhu..cam x caya tapi syukur sgt sebab dipermudahkan perjalanan insha Allah.pelamin+photographer dh booking,baju dah tempah.hantaran pun dh beli.ade lah 2-3 brg belum beli mcm kasut,wallet..sedar x sedar,rupanye dokumen2 utk mohon kebenaran berkahwin x setel lg.penting sangat tu coz nk kawin dgn askor kan.xpelah,mggu dpn sempat setel..doorgift pn dh siap decorate,awal x?haha..kne lh awal,x cukup kakitangan.seramai2 umat dlm umah ni,2org je pempuan yg hado.tu kne buat awal.nnt x kalut..ok lh,nk undur diri dh.ntah bila blh update lg.doakan urusan kmi dipermudahkn ye







