ni adalah sebuah telefilem yang dihasilkan sempena ketibaan bulan Ramadan Al-Mubarak.telefilem ni menceritakan kisah seorang bapa yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga.
Plot-plot kisah yang berlaku dalam realiti kehidupan seharian masyarakat itulah yang menjadi pengisian naskhah Utusan Ke Jannah yang bakal ditayangkan pada 27 Ogos ini pukul 10.30 pagi menerusi TV1.
Utusan Ke Jannah menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Ahmad Tarmimi Siregar sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab manakala aktor Zul Huzaimy Marzuki pula memegang watak anak yang beriman yang mahu membimbing ayahnya ke jalan kebenaran. telefilem ini turut dibintangi oleh Rosnah Johari, Vanida Imran dan Fathil Dani.Telefilem ini mengisahkan Irfan yang hidupnya sejak muda bergelumang dengan dosa.
Biarpun sudah beristeri, kegemaran berfoya-foya dengan wanita tidak berubah selain hidupnya mengejar wang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya yang bernama Firdaus.Irfan tidak pernah mengakui zuriat halal yang wujud sehingga dia sanggup menyuruh isterinya menggugurkan kandungan beberapa kali sehinggalah kandungan yang terakhir.Namun isterinya dalam diam sudah tidak sanggup lagi mengikut cakap Irfan. Dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di samping memberi syarat supaya dia tidak di ziarahi sepanjang tempoh dia belajar, isterinya Zaleha melahirkan Firdaus di rumah bapa saudaranya tanpa diketahui oleh Irfan.Sedari kecil Firdaus telah diajar dengan sempurna oleh datuk saudaranya dan dia telah diberitahu akan kewujudan Irfan dalam hidup Firdaus.Firdaus terus membesar sebagai kanak-kanak dan remaja yang terdidik dengan ilmu dunia dan akhirat.
Sehingga usianya menginjak dewasa, Firdaus nekad untuk mengembalikan bapanya ke jalan yang benar.
Ketika itu dia mula terfikir untuk memberikan kesedaran kepada ayahnya tentang segala dosa yang telah dilakukan.
Adakah Irfan sedar dan kembali ke jalan Allah? Pada masa yang sama, adakah Irfan mahu mengakui Firdaus sebagai anaknya? ehsan : utusan online
orait...pagi tadi sambil golek2 depan tv dengan irfan (bkn name watak diatas ok) aku amik kesempatan yang ade tengok cite nih..memang best lah..zulhuzaimy yg terkenal ngan watak haprak jadi anak soleh dalam cite nih,die pegang watak firdaus,anak kepada irfan lakonan ahmad tarmimi..irfan ni kaki pempuan,padahal isteri die saleha lakonan rosnah johari memang cun,solehah dll..oke,jln cite same cam kat atas ni..aku cite yang xde2 jelah ye..firdaus jadi rakan kongsi irfan then firdaus amik semula staff yang dibuang kerja oleh irfan bekerja dengan firdaus,,irfan cam berang r ngan firdaus.staff tu lakonan vanidah imran @ fiza.watak vanidah pun solehah gak ngan bertudung..
firdaus ajak irfan gi 1 tempat yang tenang dan damai,rupe2nye ke masjid..irfan cam marah gak r..x abeh2 ayat die cakap firdaus perangkap n perli die..tapi firdaus ni bijak,die pandai cari alasan.em,pastu firdaus melamar fiza.irfan tak bagi sbb katenye fiza tu bukan perempuan baik..then,aku x tengok part ni coz my irfan ngamuk nak susu...tengok2 je irfan dalam tv tu jadi bankrap,banglo dilelong,kawan2 lari..satu harta pun takde.tapi ade insan hati mulia bagi umah sekali dengan geran untuk tempat tinggal irfan..pada geran ade nota lebih kurang camni ''dari mak untuk ayah,kesinambungan bla bla bla...anak ayah..wow,terkejut orgtua tu,bile mase lak die ada anak..emm,geran tu pulak nama arwah isteri die,saleha..hinggalah satu tahap,irfan tanya ejen umah tu sape yang bagi sume2 tu..ejen tu cakap anak irfan tu lah..firdaus pun selalu datang melawat irfan..satu hari irfan mintak firdaus carikan anak die melalui bukti geran n maklumat pasal mak sedara n bapak sedara arwah saleha..esoknye firdaus datang ngan isterinye fiza,,tergamam firdaus sebab fiza panggil die ayah..die sangkakan fiza tu anak die.rupenye menantu die..maknanye,firdaus anak irfan..memang sedih part ni..nangis aku.mujur tengok ngan my irfan yang belum paham ape2 tuh..endingnye,irfan sedar diri..hehe..100 bintang aku bagi untuk telefilm ni..paling aku suka,ost telefilm nih ''hidup dan matiku'' kump nasyid destiny...sape2 ade mp3 lagu tu pliz bagi aku..daaaaa







