www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws my followers...tolong tinggalkan jejak lepas anda follow blog sememeh saya,tq atas kesudian

Wednesday, June 30, 2010

kereta kecil hadiah dr abah

tq daddy...luv u so much!!!
((keje2 pemasangan tinted sedang dijayakan,hehe))

Wednesday, June 23, 2010

selamat hari lahir ABAH

SELAMAT HARI LAHIR KE 50 BUAT ABAH TERSAYANG,ANNUAR BIN HASSAN PADA 23 JUN 2010..SEMOGA ALLAH MERAHMATI HIDUP ABAH & KITA SEKELUARGA..TERIMA KASIH JUGAK UNTUK ABAH SEBAB BELIKAN KAKAK KERETA (W/PUN KAKAK JUGAK KENA BAYAR,HEHE) SAYANG ABAH SANGAT2..
Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu abah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Tak dapatku bayangkan
Hidupku abah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati

Tuesday, June 22, 2010

boycott israel campaign




ehem..kempen boikot israel laknatullah..mampu ke aku ikut kempen nih..sebab kebanyakan (blh dikatakan) barang2 personal aku ade dalam list atas nih...emm..muhasabah

Thursday, June 17, 2010

kereta kecil


abahku pulang dari kota
abahku belikan kereta
kereta viva warna merah
akan kubawa ke sekolah
pon pon pon pon pon pon pon
Kereta viva ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa pusing2

*sumbang giler lirik nih.haha

Wednesday, June 16, 2010

semalam..JAWI KL 2

 Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak
aha..ni antara pic yg aku dapat semalam masa gi kompleks pusat Islam JAWI KL..ade lagi tapi korang tgk satu jelah..hahaha

semalam..JAWI KL


KUALA LUMPUR 15 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan mengumumkan kenaikan elaun guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada sesi pembentangan Bajet 2011, Oktober ini.Sehubungan itu, kata Perdana Menteri, satu kajian sedang dijalankan untuk melihat apakah yang perlu dan mampu dilakukan oleh kerajaan bagi membantu lebih 33,000 guru KAFA di seluruh negara.''Saya sedar kadar elaun guru KAFA sebanyak RM500 sebulan tidak mampu memenuhi keperluan dan tuntutan harian mereka.''Jika dilihat jumlah elaun ini, ia adalah di bawah garis kemiskinan. Saya amat memahami dan mendengar keluhan serta rintihan ini," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Guru-Guru KAFA Peringkat Kebangsaan 2010 di sini hari ini.
Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz..Menurut Najib, jika keadaan ekonomi negara semakin baik pada masa depan, kerajaan akan terus memperjuangkan kebajikan guru KAFA sejajar dengan peranan penting mereka dalam melahirkan modal insan yang unggul dan cemerlang.
Dalam perkembangan lain, Najib berkata, beliau bangga dengan kejayaan umat Islam di negara ini termasuk dalam menguruskan sistem perbankan dan kewangan Islam, mewujudkan hab halal serta pengurusan jemaah haji.''Alhamdulillah, saya malam tadi kebetulan bercakap dengan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud dan baginda sekali lagi memuji jemaah haji dari Malaysia yang dikatakannya terbaik di dunia.''Saya berasa amat bangga atas kejayaan seperti ini kerana ia selaras dengan hasrat kita untuk menjadikan umat Islam di Malaysia sebagai teladan," katanya.
Terdahulu, Najib menyampaikan Anugerah Tokoh Guru KAFA Lelaki kepada Abd. Halim Talib dari Kuala Nerang, Kedah dan Anugerah Tokoh Guru KAFA Perempuan kepada Zaiton Jamaluddin dari Gombak, Selangor.Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5000, sijil, piala dan hadiah iringan.


 **nama Tan Sri Dr. Mohd Yusuf Noor, selaku Pengerusi LEPAI takde pun..padahal beliau ade semalam..isk3..(saje aku wat isu,hehe)

oke,semalam aku gi Kompleks Pusat Islam JAWI KL sempena perjumpaan Dato' Sri Mohd Najib dengan guru2 KAFA seluruh Malaysia..em,kul 5pagi kitorang dah gerak ke maran kononnya bas kul 6pagi..aku sampai masjid asy-syakirin kul 5:45pagi sempatlah solat subuh dulu..6:05pagi aku keluar masjid tak nampak bas pun lagi..rupanya 6pagi bas gerak dari Masjid Negeri Kuantan..adoiii..sabaq jelah..
bas sampai dalam kul 7:15pagi,then masuk highway..rupa2nya driver bas xtaw kat ne kompleks tu...so,bas dari jengka yang dah sampai lanchang terpaksa tunggu bas kitorang yang baru masuk highway Maran..ape daa...sian diorang..tapi diorang tunggu kat Genting Sempah,x boring sangat..
bla bla bla kitorang pun sampai kompleks tu dalam kul 10pagi..ntahlah pembentang kertas kerja tu cakap ape,tak masuk otak aku pun..12:30tghari masa yang ditunggu2...masa makan n rehat.hehe...keluar dengan tenang je konon..sampai luar dewan,nah kau...beribu makhluk duk beratur amik makanan...tak sanggup menunggu,kitorang 6 orang turun bawah beli makanan kat luar.x sanggup tunggu makanan free ramai camtu..pastu solat..dalam jam 2:45petang kitorang masuk dewan muktamar semula sebab PM n Dato' Sri Jamil Khir dijangka sampai jam 3petang..hasil kitorang duk dalam dewan selama hampir 2jam,ni lah yang kitorang dapat...berita yang korang baca kat atas tadi..kalo blurr,baca lagi sekali..aha,pic nanti entri akan datang..hehe..

**thanx utk ust saifullah:belanja nasi lemak n teh tarik masa sarapan kat masjid..thanx utk ust hafaezul:belanja kebab n air kelapa kat depan kompleks..thanx utk ust amer:amik kat umah gelap2 pagi n antar balik umah gelap2 malam..thanx jannah sudi jadi jiran aku dalam bas..tak tido kite ekk..hehe..

oke,tatatatatititititutututu

Friday, June 11, 2010

hari bengang 1malaysia

emm..kira2 pukul 9:35 pagi tadi aku sarapan ngan roti canai je walaupun tu bkn feveret aku..tgh syok sarapan sorang2 (sbb yg lain dah makan,aku je baru bangun) SE aku terpekik2 tanda ade coling2..nampaknye ade coling2 dari ustaz yg ngjar same aku..rupenye die gitau yang penyelia KAFA suruh aku sertai rombongan ke Putrajaya,ade perjumpaan dengan PM..sebenarnye m'gantikan tempat kak nad yg xdpt dtg.aku pun xtaw knp kak nad xdpt dtg...abaikan..aku pun tanya tarikh,berapa hari dll..setelah fikir2,aku pun setuju..end call..
lebih kurang 1jam kemudian,ustaz tu sms aku menyatakan yang guru besar tak benarkan aku pegi..aku tersgtlah pelik,ape motifnya ekk..korek pny korek,rupanya guru besar nak guru senior yg gi..aku tak kesah pun xdpt gi tp guru besar dah engkar arahan penyelia (lawan tokey)..n ade lagi 1 sebab tersembunyi..perlu ke urusan peribadi dicampuradukkan dengan urusan kerja????????
knp mesti urusan peribadi jadi punca urusan kerja tak dapat dilaksanakan??alkesahnya,warga senior kat sek tu selalu pandang serong kat aku n ustaz yg coling2 aku tadi.konon kitorang skandal..aduhh.bodoh sangat ke aku nak kapel ngan laki orang???helo!!bf aku lagi hensem dari ustaz tu,keje gomen lak lagi..aku takdelah kemaruk nak ke laki orang..yg penting,bf aku muda berbanding suami u all yg dah 50an wahai seniorku..skandal ni timbul bila aku mkn kat kantin,ustaz makan kat kantin.bila aku pergi perhimpunan,ustaz pun pergi perhimpunan.kalo fikir dgn akal yang ALLAH kurniakan,xkan timbul cerita palsu camni..kantin tempat makan kan?dah korang2 kedekut nak gi makan kat kantin,selalu kitorang jelah makan kat kantin tuh..ade lah 2@3 orang yang lain tapi apsal kitorang jadi perhatian lak????oke,perhimpunan lak..seharusnya,semua guru mesti turun padang..usahkan guru2,guru besar pun x turun..eh3x..nnt sambung.irfan dah bangun...daa

Thursday, June 10, 2010

semalam punye kes..



MUHAMMAD IRFAN ZIKRI B SAMSUAR KAMARUL
semalam macam biasa setiap petang aku akan bawak irfan jalan2 sekitar lorong umah aku nih.bukannye ape,kalo tak bawak jalan gerenti malam nanti ngamuk2..adoi..kesnye semalam,aku berenti kat pokok ceri depan umah pengasuh aku dulu sebab dia ajak singgah..tengah syok sembang,aku nampak budak umur 11 n 8 tahun main baling2 batu kecik.aku dengar mak budak tu larang.tapi budak tu memang degil pun.aku pun amik keputusan nak gerak dari situ sebab takut berlaku benda yang tak diingini,lagipun hari dah pun merangkak senja..tiba-tiba,batu kecik melayang kat dahi irfan,sepantas kilat.sedar2 irfan dah nangis.tapi kejap je,orang kuat..tengok2,dahi irfan dah bengkak sebab terkena batu yang budak tadi main..alhamdulillah tak luka.kalo tak,masak lah nak jawab ngan papa irfan..huhu..padahnya,budak tu kena bantai cukup2 ngan mak dia..puas hati aku.eh,elok sgt ke aku wat perangai camtu.astaghfirullahal aziim..bukannya ape,irfan ni kecik lagi,sian die..die tak pernah jatuh,terhantuk @ terkepit..tu pun mujur kena dahi.kalau kena biji mata camne?memang aku saman RM10juta..n aku takkan bawak irfan jalan kat kawasan tu lagi mulai hari ni..


Wednesday, June 9, 2010

pepagi

    
aktiviti pagi aku sambil menidokan si irfan inilah die..tgk drama dari mata arisa kat tv1,kul 11pagi..drama ni adaptasi dari novel kau sayangku,hasil karya bikash nur idris ..dulu aku dah pernah tengok drama ni tapi tak jemu lak nak tengok lagi.lagipun novelnye pun aku ade.jalan cerita pun aku dah hafal..mak aku pun join jugak,maklumlah takde keje pagi2..hehe

Tuesday, June 8, 2010

hehehe

(✖╭╮✖)  lapar  (✖╭╮✖)
(✖╭╮✖)  lapar  (✖╭╮✖)
(✖╭╮✖)  lapar  (✖╭╮✖)
(✖╭╮✖)  lapar  (✖╭╮✖)
(✖╭╮✖)  lapar  (✖╭╮✖)






Ù©(-̮̮̃•̃)Û¶ tido

Saturday, June 5, 2010

dakkolin

1. Bekas kekasih saya adalah :
seorang ustaz (^_-)

2. Saya sedang mendengar :
bunyi hujan yg sgt lebat

3. Mungkin saya patut:
tido jer

4. Saya suka :
warna HIJAU

5.Sahabat-sahabat baik saya:

saya rindukan mereka

6.Saya tak paham :
kenapa gaji sy belum naik

7.Saya kehilangan:
cita-cita saya

8.Ramai yang berkata :
 makin gomuk ko eak

9.Makna nama saya :
takda maknanye..

10.Cinta itu adalah :
umpama makan sambal belacan

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
menyampaikan ceramah motivasi diselangi bunyi hujan yg mencurah2

12.Saya akan cuba :
menyiapkan buku persediaan mengajar saya dlm cuti 2 minggu ni

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
lama-lama.

14.Telefon bimbit saya :
SE yang sengal.

15.Bila saya terjaga dari tidur :
saya tgk jam

16.Saya paling meluat apabila :
tgk adegan2 gedix

17.Pesta/Parti adalah :
pesti

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
milo & horlicks

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
13 --> 19 tahun

20.Hari ini :
cuti saya bermula..hehe..

21.Malam ini saya akan :
sms sampai tertido

22.Esok pula saya akan :
tunaikan plan sy

23.Saya betul-betul inginkan :
keluarga bahagia,suami beriman & anak2 yg soleh solehah

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
bila lah aku boleh kurus

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan:
ntah

26.Makanan Barat atau Jepun :
takde dlm list

27.Bilik yang terang atau gelap :
gelap lah.jimat bil

28.Makanan segera adalah :
2 minit je

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
semoga kita berjumpa lagi..hihi

30.Siapa yang anda nak Tag?
flora exotica -- pija myfren


Friday, June 4, 2010

minggu2 akhir

minggu ni minggu akhir persekolahan sebelum cuti sekolah selama 2 minggu..alangkah bahagianya aku rasa.hehe..x macam orang lain.sbb aku dah pun siapkan kerja2 tanda kertas exam,dah siapkan buku2 rekod murid..dah edarkan untuk t/tgn ibu bapa dah pun.alhamdulillah..ehem,hari akhir selalu malas..jadi,kami guru2 anjurkan gotong royong perdana membersihkan kawasan sekolah yang akan ditinggalkan selama 2 minggu nih..aku sebagai wakil guru bujang (yang ade 2 org je) ditugaskan mengecat tayar,batu bata & seangkatan dengannya..hadoi..vengang tul aku..ade jugak guru yang curi tulang.xpe3..semoga ALLAH merahmatinya..tak kesah pun sebab yang pasti 2minggu ni aku memang betul2 free..sape2 yang nak ajak aku outing,helo2 la ekk..dadaaa

Tuesday, June 1, 2010

korek & korek

semalam punya cerita..korek2 facebook,tinjau2 grup SKLH 01 ,banyak gambar2 lame sekolah tu..jumpa 1 gambar,ade komen2 pasal cikgu salihin sangkut ngn cikgu zarinah..hati aku berbunga2..knp???
sebab dari frenlist cikgu salihin aku jumpa fb cikgu yg sgt aku sayang iaitu CIKGU ZARINAH MAT YASIN ..dah lama aku menjejak cikgu tu..rupanye beliau isteri cikgu Salihin..camne den boleh xtaw nih..xpelah,ape2 pun tahniah untuk cikgu Zarinah sebab jadi permaisuri hati cikgu Salihin dan dikurniakan 2 puteri dan 2 putera..semoga ALLAH merahmati kehidupan cikgu sekeluarga..
*tak terlambat lagi rasenye--selamat hari guru cikgu zarinah
ini ialah cikgu zarinah..cikgu kata beliau dah tua & gomuk..bayangkan aku mengenali beliau tahun 1993 (aku umur 7 thn)..sekarang 2010,aku dah pun 24 thn..17 thn berlalu,cikgu pun mungkin dah 40an kan..aku x nafikan,cikgu zarinah ni memang cantik sangat orangnye..sayang cikgu..
*oppps,tadi kitorang sempatlah mengimbas kenangan lama..rindu sangat moment tu..

dapat award

salam...dpt award dr putri teddy.dah lame beliau bagi,baru sekarang ade kesempatan nak amik..hehe...syukran jazilan kasiran..xtaw kenape beliau blh bagi award kat blog pasembok nih..hehe..
tapi,bukan senang2 je amik award nih.ade benda lain kena wat jugak..jom cikidaut..haha..

1) Thank & link the person that gave you the award.
terima kasih lagi sekali utk putri teddy "pinky2"

2) Pass this award onto 5 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
owh..sapekah yang fantastic ni ye..ahaaaa..
::pija::

3 ) contact said blog n let them know they've won the award
okeh..sudah!!

4) state 5 things about yourself
ape ekk...
*suka snap2 gambar..(dlu kayah n immah jd mangsa candid,skg irfan lak.hehe)
*benci keje2 lipat kain.hehe
*gile kaler hijau (sgt2)
*x suke suasana bising @ ramai org
*suke layan drama thai..ngee

lastly.. speech by the winner
thanx a lot..sy berbangga dgn award ini..hehe.tq sgt2