www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws my followers...tolong tinggalkan jejak lepas anda follow blog sememeh saya,tq atas kesudian
Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

semalam..JAWI KL 2

 Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak
aha..ni antara pic yg aku dapat semalam masa gi kompleks pusat Islam JAWI KL..ade lagi tapi korang tgk satu jelah..hahaha

semalam..JAWI KL


KUALA LUMPUR 15 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan mengumumkan kenaikan elaun guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada sesi pembentangan Bajet 2011, Oktober ini.Sehubungan itu, kata Perdana Menteri, satu kajian sedang dijalankan untuk melihat apakah yang perlu dan mampu dilakukan oleh kerajaan bagi membantu lebih 33,000 guru KAFA di seluruh negara.''Saya sedar kadar elaun guru KAFA sebanyak RM500 sebulan tidak mampu memenuhi keperluan dan tuntutan harian mereka.''Jika dilihat jumlah elaun ini, ia adalah di bawah garis kemiskinan. Saya amat memahami dan mendengar keluhan serta rintihan ini," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Guru-Guru KAFA Peringkat Kebangsaan 2010 di sini hari ini.
Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz..Menurut Najib, jika keadaan ekonomi negara semakin baik pada masa depan, kerajaan akan terus memperjuangkan kebajikan guru KAFA sejajar dengan peranan penting mereka dalam melahirkan modal insan yang unggul dan cemerlang.
Dalam perkembangan lain, Najib berkata, beliau bangga dengan kejayaan umat Islam di negara ini termasuk dalam menguruskan sistem perbankan dan kewangan Islam, mewujudkan hab halal serta pengurusan jemaah haji.''Alhamdulillah, saya malam tadi kebetulan bercakap dengan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud dan baginda sekali lagi memuji jemaah haji dari Malaysia yang dikatakannya terbaik di dunia.''Saya berasa amat bangga atas kejayaan seperti ini kerana ia selaras dengan hasrat kita untuk menjadikan umat Islam di Malaysia sebagai teladan," katanya.
Terdahulu, Najib menyampaikan Anugerah Tokoh Guru KAFA Lelaki kepada Abd. Halim Talib dari Kuala Nerang, Kedah dan Anugerah Tokoh Guru KAFA Perempuan kepada Zaiton Jamaluddin dari Gombak, Selangor.Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5000, sijil, piala dan hadiah iringan.


 **nama Tan Sri Dr. Mohd Yusuf Noor, selaku Pengerusi LEPAI takde pun..padahal beliau ade semalam..isk3..(saje aku wat isu,hehe)

oke,semalam aku gi Kompleks Pusat Islam JAWI KL sempena perjumpaan Dato' Sri Mohd Najib dengan guru2 KAFA seluruh Malaysia..em,kul 5pagi kitorang dah gerak ke maran kononnya bas kul 6pagi..aku sampai masjid asy-syakirin kul 5:45pagi sempatlah solat subuh dulu..6:05pagi aku keluar masjid tak nampak bas pun lagi..rupanya 6pagi bas gerak dari Masjid Negeri Kuantan..adoiii..sabaq jelah..
bas sampai dalam kul 7:15pagi,then masuk highway..rupa2nya driver bas xtaw kat ne kompleks tu...so,bas dari jengka yang dah sampai lanchang terpaksa tunggu bas kitorang yang baru masuk highway Maran..ape daa...sian diorang..tapi diorang tunggu kat Genting Sempah,x boring sangat..
bla bla bla kitorang pun sampai kompleks tu dalam kul 10pagi..ntahlah pembentang kertas kerja tu cakap ape,tak masuk otak aku pun..12:30tghari masa yang ditunggu2...masa makan n rehat.hehe...keluar dengan tenang je konon..sampai luar dewan,nah kau...beribu makhluk duk beratur amik makanan...tak sanggup menunggu,kitorang 6 orang turun bawah beli makanan kat luar.x sanggup tunggu makanan free ramai camtu..pastu solat..dalam jam 2:45petang kitorang masuk dewan muktamar semula sebab PM n Dato' Sri Jamil Khir dijangka sampai jam 3petang..hasil kitorang duk dalam dewan selama hampir 2jam,ni lah yang kitorang dapat...berita yang korang baca kat atas tadi..kalo blurr,baca lagi sekali..aha,pic nanti entri akan datang..hehe..

**thanx utk ust saifullah:belanja nasi lemak n teh tarik masa sarapan kat masjid..thanx utk ust hafaezul:belanja kebab n air kelapa kat depan kompleks..thanx utk ust amer:amik kat umah gelap2 pagi n antar balik umah gelap2 malam..thanx jannah sudi jadi jiran aku dalam bas..tak tido kite ekk..hehe..

oke,tatatatatititititutututu