www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws my followers...tolong tinggalkan jejak lepas anda follow blog sememeh saya,tq atas kesudian

Friday, October 30, 2009

andai itu takdirnya....HILANG!!!!!


andai itu takdirnya...mana kau menghilang sayang.puas aku cari..ke ade orang kebas kau dari aku???huaaaaaaa...............




kau untukku..kau bukan pengganti terbaik untukku.huhuhu
mujur aku dapat kau free je.memang untukku ke??

Monday, October 19, 2009

scan kepala

salam..
aku berminat nak kongsi benda ni yang aku amik kat blog Dr.Ummi:

Bagaimana CT Scan Membantu Dalam Mendiagnosis Sakit Kepala & Migrain?
CT Scan kepala selalunya dicadangkan untuk mereka yang setiap hari atau hampir setiap hari mengalami masalah sakit kepala.CT Scan membantu doktor mengesan punca-punca sakit kepala yang disebabkan oleh:
1. Ketumbuhan otak
2. Jangkitan otak (Kudis / Abscess)
3. Hidrocephalus (penghasilan cecair serebrospinal yang abnormal di dalam otak)
4. Penyumbatan sinus
5. Luka
6. Pendarahan otak atau aneurysm.

Sebenarnya CT Scan tidak boleh mendiagnosis migrain tetapi apabila semua punca di atas telah disahkan tiada, maka kemungkinan sakit kepala berpunca daripada migrain adalah tinggi.
Sakit Tak Ujian CT Scan Ini, Doktor?
Apa sakit pulak? Tak sakit langsung! Anda hanya akan diarahkan untuk berbaring sahaja di katil. Kat mana sakitnya? Kalau adapun hanya suntikan kontras yang akan diberikan bagi lebih menjelaskan imej CT Scan yang tertera. Suntikan tak sakit manapun, kan?

Pesan Dr.Ummi
Di zaman sains dan teknologi ini, macam-macam cara dan kaedah boleh digunakan untuk mengesan penyakit. Alatan semakin canggih, manusia semakin berpengetahuan. Sayangnya, berapa ramai di antara kita yang mencari-cari peralatan atau kaedah untuk men'scan' atau mengesan dosa? Sudahkah amalan kita selama ini cukup untuk melayakkan kita menghuni syurga atau dosa-dosa kita yang sebenarnya melebihi timbangan? Wal'iyazubillah...
Kembalilah kepada Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia merupakan scanner yang terhebat di sepanjang masa, zaman dan keadaan!


privasi aku...

salam..aku saje nak pos benda ni sebab aku tengah bengang giler ni...
kisahnye kat umah aku ni ade makhluk parasit,aku tak kesah adenye makhluk tu tapi tolong jangan wat cam bilik kau sendiri boleh tak???
barang peribadi aku kau tak payah la gatal usik,kau tak setakat usik,steal terus..mau aku tak marah..tapi kau tak pernah serik.aku tak paham dengan sikap ketidakfahaman bahasa kau ni.bahasa ape lagi aku nak kena pakai ni...ade sape-sape yang baca post ni gembira melompat-lompat bila barang peribadi kena amik??kalau ada meh jumpa aku...
aku harap sape yang rase dia parasit bilik aku sekarang ni,bawak bertaubat lah ye.bukan ape,aku tengok kau ni cam takde plan nak ubah perangai pun..hp aku yang rosak pun kau kebas.sian kau ekk...memang kau parasit yang tak pernah serik..jangan sampai aku lempar kau ikut tingkap sudah lah.
p/s : taubatlah kau sebelum aku tolong taubatkan

Sunday, October 18, 2009

17102009


jauh perjalanan baru sampai...tapi enjoy adanya kamu,kamu & kamu..

Thursday, October 15, 2009

resah hatiku...

salam..
hampir seminggu jari-jari aku tak buat keje merepek kat blog ni..sibukkah aku??mungkin jugak.sebab dalam masa seminggu ni aku kena submit kertas soalan subjek aku..sibuk game kat fb lagi,lagho betul benda alah tu.disamping tu aku ada lah bantu-bantu teman aku siapkan skrip bahasa arab dia (walaupun aku tak tolong sepenuhnya)...ape lagi yang menyibukkan diri aku kebelakangan ni...oh ye,ada jugak beberapa masalah lain yang tak dapat aku nak ceritakan kat sini.terlalu peribadi bagi aku,hanya yang dapat aku kongsikan emosi aku dikala itu.
kata orang,cubit peha kiri peha kanan pun rasa sakit jugak..aku tak rasa camtu.apa yang aku rasa,cubit paha kanan semua anggota badan aku rasa sakit jugak.ni lah yang ganggu emosi aku kebelakangan ni agaknya..sensitif,cepat marah..arghh,maafkan aku..aku tak sengaja nak buat macam tu.aku pun tak tahu kenapa aku sekarang jadi orang yang cepat terasa,merajuk,kadang tak sedar dah sebaldi airmata.
mana kekuatan aku selama ni.selama ni aku selalu gembirakan orang,dan orang lain gembira dengan aku.hari ni,mungkin ada yang tak gembira dengan aku.walaupun tak semua,mungkin segelintir.maafkan aku,aku tak sengaja mencipta keadaan ni..maafkan aku lagi sekali.

AKU MOHON KAMU,KAMU,KAMU & KAMU DOAKAN KEADAAN KEMBALI NORMAL..Doakan kesihatanku juga supaya tiada yang buruk berlaku..andai terjadi,ku terima sebagai ujian dari Maha Berkuasa..

sayang selalu,wasalam....

Friday, October 9, 2009

aku KEHILANGANmu

Didedikasikan khas untuk insan yang pernah menyayangi diri ini..
muhd syazrul nizam abd.rahman (14.02.1985-23.01.2004)

Senyum,tawa,tangis dan sendumu sudah berpenghujung.
Yang tinggal:Cinta,kasih,budi dan baktimu …terpahat dihati
Yang pasti:rindu padamu akan terus bertamu……..

Awalnya aku meyakini bahawa aku kan baik-baik saja tanpamu..
Menjalani hariku dengan senyuman..dengan semangat..
Dan melupakanmu..
Semakin berlalu..aku bahagia..tanpamu..
..dan ku mulai mengingatimu

Bertahun sudah kau dan aku tak bertemu..dan aku merindukanmu tiap malamku..
Mengenangmu..memimpikanmu..
Dan aku sedari aku semakin merindukan hadirmu dalam hidupku..
Aku tak sehebat itu..
Meski ku tahu kau tiada lagi..aku masih mencintaimu..
..aku tetap mencintaimu..
Dan aku sedar itu menyakitiku..
Mungkin..cinta ini adalah cinta sejatiku..
Cinta yang tak mengenal hati..
Kini..aku menanti keajaiban yang pernah datang kepadaku..
Berharap dia kan singgah..dan lelapkan hatiku dengan mimpi tentangnya..
Berharap dia kan menemukan aku di alam abadi..
Mencintaiku..
Seperti janjinya dan janjiku yang masih ku dekap erat hingga kini..


Thursday, October 8, 2009

KERJA aku


salam..dah lama rasanya aku tak tulis kat sini.baru hari ni datang keinginan nak buat benda nih.GURU..semua orang tau guru tu ape & siapa..cikgu,ustazah,ustaz,teacher,sir,mualim,mualimah & lain-lain.tapi aku bukan nak cerita pasal guru ni sangat.aku hanya nak luahkan masalah aku kat blog ni je..aku pun title guru jugak walaupun bukan produk maktab2,upsi atau ipt yang lain..dah 4 tahun aku mengajar & dah 3 buah sekolah aku penah mengajar..terbaru aku mengajar kat tempat aku sendiri lepas dipaksa parent aku..awalnye aku anggap "ok kot tempat sendiri,blh save jugak"..aku keja macam tempat keja aku sebelum ni..aku sangka panas sampai petang rupanya hujan kul 10 pagi..banyak masalah aku kat sekolah ni sampai ade yang perasan perubahan diri aku(bukan fizikal ye..hehe).
yelah,mungkin dulu aku sampai je sekolah tersenyum lebar je.sekarang kelat kalah pisang muda.aduhai,mesti kat luar sana bagi pendapat "ko tak seswai keja camni kot"..tapi,hati aku akui bukan tak seswai dengan bidang ni,tapi tempat yang tak seswai..sebelum ni aku ngajar bukan tempat aku sangat menyenangkan,sampai sekarang contact2 ngan anak2 murid..dah lama tak jumpa rasa rindu membuak..kat sini jiwa aku kosong.takde ape pun.apa salah aku??adakah kerana niat aku mula2 dulu??arghhhhh....aku tak tau nak fikir dah.aku gi sekolah ngajar macam biasa,korang tak nak bagi perhatian korang punya pasal..astaghfirullah,kenapa aku macam ni??aku rase aku patut tukar keja,paling tidak pun tempat keja.daripada aku tertekan,tak ikhlas macam ni.kan??
aku akan cuba baiki diri aku demi orang2 di sekeliling aku..insyaAllah.tapi usaha aku tetap akan ada maksima.bila dah sampai ke titik maksima,aku rasa dah takde ape lagi.aku kalah dengan usaha aku sendiri.ABAH,MAK..maafkanku sebab buat keputusan macam ni.tak bermaksud nak kecewakan mak & abah tapi tuntutan hati & keinginan sendiri.insyaAllah keja bidang lain pun berjaya,mak & abah doakan je yang terbaik..wasalam