www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws my followers...tolong tinggalkan jejak lepas anda follow blog sememeh saya,tq atas kesudian
Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

busuk ape nih

beberapa hari lepas aku & famili kuar makan2.oleh kerana waktu maghrib dah dekat sangat,kitorg singgah solat maghrib dulu kat pusat perhentian Gambang.dulu hentian Gambang,tapi sejak ade highway LPT ni dah tukar nama sebab hentian Gambang kt highway sane..eh,tgk gambar dulu
KESELESAAN ANDA KOMITMEN KAMI
nampak tak kemain sedap bila baca?tapi kalau nak tau,masa aku berwuduk kat surau pusat ni masyaAllah..tersangat busuk baunye.nak solat pun tak selesa tapi nak buat camane,takkan tak solat lak.nak cite camanae bau pun tak reti..macam campur2 bau tandas yang depan surau tu,sisa makanan yang mengalir dari kedai sebelahnya pulak..ya Allah,tempat solat pulat jadi mangsa busuk..MPKuantan.cepatlah bertindak!!


Monday, September 19, 2011

bile nak gaji..

ikut jadualnya staf gomen dapat gaji 22/9/2011 nih,hari khamis..means,sabtu boleh berjimba2.eh,berjimba lah sangat..kena jimat2 ckit bulan ni sebab duit banyak habis musim raya..tadi aku dah buat kira-kira untuk bajet bulan nih..huhu...bye
p/s:entri tah pape

Tuesday, June 22, 2010

boycott israel campaign




ehem..kempen boikot israel laknatullah..mampu ke aku ikut kempen nih..sebab kebanyakan (blh dikatakan) barang2 personal aku ade dalam list atas nih...emm..muhasabah

Tuesday, March 9, 2010

Elaun guru KAFA lebih tinggi?


ROMPIN 8 Mac - Kerajaan tidak menolak kemungkinan menjadikan guru kelas agama dan fardu ain (KAFA) sebagai jawatan tetap dan memperoleh elaun lebih tinggi pada masa akan datang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, bagi tujuan itu, kerajaan sedang memperhalusi semula skim perkhidmatan dan elaun guru KAFA bagi meningkatkan tahap profesionalisme mereka.
Menurut beliau, satu jawatankuasa telah ditubuhkan melibatkan Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Pelajaran bagi menjalankan kajian berhubung skim perkhidmatan guru KAFA.
"Pada masa ini, guru KAFA menerima elaun RM5 sejam bagi enam jam waktu pengajaran seminggu dan bertugas secara kontrak.
"Kajian terhadap skim perkhidmatan guru KAFA ini masih dalam perbincangan antara pihak-pihak yang terbabit dan dijangka selesai secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan guru-guru KAFA di sini hari ini.
Jamil Khir menjelaskan, kajian itu mengambil sedikit masa memandangkan wujudnya kesulitan dalam skim yang diguna pakai pada masa ini.
"Ini kerana, 30 peratus atau 15,000 daripada 43,000 guru ini mengajar di sekolah rendah pada sebelah pagi dan mengajar KAFA pada sebelah petang secara kontrak," katanya.
Apa yang merumitkan, jelas beliau, guru terbabit tidak boleh memegang dua jawatan tetap secara serentak iaitu sebagai guru biasa pada waktu pagi di sekolah rendah dan guru KAFA pada sebelah petangnya.
"Kita sedang memikirkan secara mendalam bagaimana kita hendak memperkenalkan skim perkhidmatan yang baru bagi memastikan kelas agama itu berjalan lancar," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, kata beliau, pihaknya masih tidak dapat melantik guru KAFA untuk mengajar di kelas j-QAF di sekolah menengah kerana faktor kekurangan.
"Kita menghadapi kira-kira 1,000 kekosongan guru KAFA di sekolah rendah. Kita harus melaksanakan secara berperingkat," katanya.
--utusan malaysia online