www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws my followers...tolong tinggalkan jejak lepas anda follow blog sememeh saya,tq atas kesudian
Showing posts with label suara hati. Show all posts
Showing posts with label suara hati. Show all posts

Sunday, January 15, 2012

moga selamat


bakal my MIL  terpaksa menjalani pembedahan tiroid 25 jan nih..
tapi esok kena pegi check kedudukannye dulu,takut kena kat peti suara.kalau kena alamatnya takde suara lah lepas pembedahan..hopefully sume ok makcik..sama-sama kita wat solat hajat dan berdoa.takut sangat katenye tadi.dalam pada takut sempat lagi gelak-gelak.
kuatkan semangat makcik k..insyaAllah pembedahan tu berjaya dan tak menjejaskan ape-ape.

*eh,entri ke-400 dh upenye

Saturday, March 6, 2010

kalam jamaie punya kesah

salam...
beberapa minggu lepas aku sibuk menyiapkan skrip kalam jamaie,berhempas pulas jugak lah nak siapkan skrip untuk persembahan selama 10 minit sahaja tu hinggakan aku terpaksa tido jam 2 pagi nak siapkan benda alah tu.dengan hati yang berbunga,aku persembahkan skrip aku kepada guru besar.dalam tempoh tak sampai seminit,skrip aku rejected!!usaha aku selama hampir 3 minggu,hancus dalam masa tak sampai seminit.mau tak luluh hati aku nih.kenapa lah pihak pengurusan mudah sangat nak rejected hasil kerja aku.masa meeting bukan main lagi berbunga mulut bagi tugas kat aku.walaupun aku tak boleh buat,aku terima jugak tugas tu sebab fikir tanggungjawab dengan sekolah.takpelah,aku redha skrip aku tak diterima hanya kerana tajuk sama dengan 2 tahun lepas.mana lah aku nak tau,aku masuk ngajar feb 2009,bukan 2008.ape daaa..
balik rumah aku pun buat skrip baru hasil pertolongan alin,immah,ayer & ustaz misron.asalnya aku dijanjikan buat skrip je.bahagian latihan,guru2 lain..lapang dada aku dengar.tapi bila dah submit skrip,dah edar pada peserta pun,aku pulak dipertanggungjawabkan untuk melatih.aduhai,dimana janji-janjimu dulu.tapi aku tak kesah pun,yang aku kesahkan aku takde partner.sedangkan keje2 macam ni memerlukan banyak sumbangan idea.satu petang,makhluk Allah ni datang tengok sesi latihan..akhir latihan,dia datang komplen kat aku yang budak2 tak hafal skrip lagi.angin betul.berbaloi lah,baru 2 hari dapat skrip je pun.awak pun takleh hafal lagi kot kalau 2 helai kertas A4 skrip bahasa arab dalam masa 2 hari..
takpelah tu..kita tunggu jelah minggu depan ye.sebab minggu depan dah masuk minggu ke2 latihan.hopefully ade perubahan.kalau menang,diorang x respek lagi hasil kerja aku tak tau nak kate lah.hehehe..mohon doa kawan-kawan doakan grup kalam jamaie yang aku dok latih ni menang yer...hehehehe.zasss.wasalam
 

Wednesday, February 17, 2010

jangan tangisi apa yang bukan milikmu



Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Sungguh semua itu telah hadirkan perasaan yang begitu menggelora dalam jiwa.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan membawa pada ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan akan terbukti, tidak setiap yang kita mahu akan tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi adat kita di dunia, entah itu rezeki, jabatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)
Demikian juga terhadap jodoh. Kadang kita tak sadar ketentuan Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar ketentuan Allah: "Pokoknya harus dia Ya Allah! Harus dia, kerana aku sangat mencintainya. " Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah tak menghulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang kotor.
Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini firman dari Allah:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)
Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahawa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevannya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Wednesday, January 13, 2010

perjalanan aku hari ni

emm...tak banyak benda yang berlaku hari ni di sekolah memandangkan 2 subjek je aku masuk hari ni,tilawah & bahasa arab..melayan kerenak budak-budak tak cukup usia memang memerlukan kesabaran & memenatkan.minggu ni pulak baru minggu kedua persekolahan yang mana aku belum dapat membaca perangai masing-masing..sangat penat nak control diorang nih sehinggalah sabar aku di peringkat berjaga-jaga.aku cukup pantang waktu aku mengajar kat depan,ade yang wat keja lain.ada yang berlari-lari,ada yang makan.wahh,hati senang nampaknya mereka ni.betul-betul di zon selesa konon..akibatnya makanan diorang aku rampas sebagai tanda amaran.yang berlari-larian pun dapat habuan setimpal.masa 20 minit terakhir aku penuhkan dengan motivasi dari aku yang takde tauliah ni memandangkan mood mengajar aku dah pun hilang akibat sikap diorang yang tak menghargai & tiada rasa hormat dengan guru.aku seboleh mungkin nak menjadi guru yang lebih baik dari sebelum ni.rupanya niat aku disalahertikan,kepala aku pulak yang dipijak.dugaan untuk aku.antara apa yang aku selitkan tadi ialah pengalaman aku di awal persekolahan yang mane aku terpaksa akur dengan keadaan keluarga aku yang tersangat-sangat susah waktu tu.peritnya kalau diingat-ingat balik.dapat ke sekolah pun dah bersyukur sangat.hopefully diorang faham cerita aku & jadikan pengajaran.hopefully jugak diorang akan berubah sikap..salam~