salam..ni adalah artikel yang sebijik2 aku copy n paste dari paper
harian metro hari ni.takde sikit pun aku edit.aku bukanlah peminat umie aida mahupun abang k ni,sebab abang aku jauh lebih muda dari diorang..hehe.pokok cite sekang aku nak korang bagi pendapat pada ayat yang aku dah bold n kaler hijau bawah nih
Umie nikah secara tertutup
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my
2010/01/19
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
JIKA dibuat perbandingan karakter luaran di antara aktres Umie Aida, 37, dan tunangnya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, yang kini menunggu detik disatukan dengan ikatan sah sebagai suami isteri, memang ternyata berbeza.
Kata Umie, sikap mereka sangat kontra sehingga kadangkala dia berasa tertekan. Begitupun dia kagum dengan prinsip yang diterapkan bakal suaminya itu.
"Memang saya memberitahu kepada abang supaya memberi saya sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Memandangkan saya sudah biasa membuat keputusan sendiri sudah sekian lama. Apatah lagi saya juga mempunyai dua anak angkat. "Namun sekarang ini dengan abang saya perlu menghormati keputusan dan berbincang dengan abang mengenai semua perkara terutama membabitkan keluarga.
"Saya akui banyak memberi cabaran kepada abang kerana suka mengarah dan kerap marah. Walaupun bertahan dengan kerenah saya, abang pandai menambat hati anak angkat dan keluarga saya.
"Malah apa yang membuatkan saya kagum mengenai prinsip abang iaitu suami isteri memikul tanggungjawab bersama dalam keluarga," kata Umie ketika ditemui pada majlis sambutan hari lahirnya di pinggir ibu kota kelmarin.
Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-16 menerusi filem Embun ini mengakui dia pernah memohon doa di Makkah ketika mengerjakan umrah tahun lalu supaya dipertemukan jodoh.
Justeru mengapa dia perlu menidakkan kehadiran insan itu. Mungkin juga masa sudah tiba untuk menamatkan zaman solonya.
Walaupun jarang meluangkan masa bersama seperti pasangan lain, namun sikap rendah diri dan pemalu Khairuddin berjaya menambat hati Umie. Menurut Khairuddin walaupun Umie agak tegas dan kasar namun jauh di sudut hatinya dia adalah insan yang baik hati.
"Kami tidak pernah dating. Saya pula lebih suka bersikap 'low profile'. Saya tidak menilai Umie sebagai artis malah menganggapnya seperti manusia biasa. "Pada saya artis sebagai taraf atau kedudukan seseorang menerusi karier mereka. Saya bersedia menangani apa saja cabaran yang bakal dilalui selepas memperisterikan seseorang artis.
"Umie pada saya mempunyai sikap yang cukup dominan dalam semua perkara. Dia juga tidak liar seperti yang kita nampak. Sebaliknya mulutnya saja yang bising tetapi hatinya baik. "Saya akui cabaran mengurat Umie memang ada seperti selalu dimarahi. Begitupun saya tidak ambil kisah sangat itu. Sebaliknya kesabaran saya itu berjaya menambah hati Umie," katanya.
Malah Khairuddin seorang ahli perniagaan ketika diusik akan menyekat karier seni Umie selepas bergelar isteri nanti, memaklumkan dia tidak akan sesekali menghalang aktiviti seni Umie sebaliknya mendorong pembabitan dalam bidang seni.
Padanya lakonan sebagai ibadat atau fardu kifayah yang memberi iktibar dan hiburan kepada masyarakat.
Biarpun tarikh pernikahan pasangan ini belum dimaklumkan namun segala persiapan menjelang hari bersejarah itu tetap berjalan lancar.
Sebelum ini, Umie Aida atau Umie Kalsom Rahmad bertunang pada awal Oktober lalu memaklumkan akan melangsungkan majlis pernikahan sekitar Januari ini. Disebabkan beberapa perkara berkaitan tarikh dan lokasi sebenar majlis berkenaan masih belum dapat dimaklumkan lagi. Malah bukan lagi rahsia di kalangan teman rapat dan keluarga apabila Umie merancang melangsungkan perkahwinannya di Makkah selewat-lewatnya pada Februari ini. Begitupun dengan nada berlapik Umie ketika ditemui memaklumkan majlis pernikahan akan diadakan di luar negara dalam tempoh terdekat.
Kata Umie, dia tidak akan berahsia mengenai majlis perkahwinannya itu begitupun ia tetap diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga saja.
"Memang itu adalah impian saya. Kalau ada rezeki dan keizinan Allah impian saya akan tercapai. Tujuan saya bernikah di luar negara bukan untuk mengelak daripada pihak media. Kalau mahu mengelak sudah tentu saya merahsiakan juga majlis pertunangan dulu. "Saya hormat doa kawan-kawan yang ingin melihat saya mendirikan rumah tangga. Tapi mana yang boleh kongsi, saya akan berkongsi bersama peminat. Cuma kali ini biarlah majlis nikah itu dibuat secara privasi," katanya.
Terdahulu, majlis sambutan haji jadi itu dihadiri lebih 200 jemputan yang terdiri daripada keluarga, kenalan dan rakan media. Pada majlis itu juga buat pertama kali, Umie memperkenalkan abang K secara rasmi bersama kenalan dan rakan media. Artis yang hadir antaranya Zahida Rafiq, Anne Abdullah, Ellie Suriati, Erma Fatima, Rubiah Suparman, Presiden Seniman, Harun Salim Bachik dan Chef Zam yang turut menaja kek pada malam itu.
Mengulas mengenai hadiah istimewa yang diterima Umie pada majlis hari jadi itu, sebolehnya dia tidak mahu perkara itu dihebohkan. Begitupun memandangkan abang K sudah memaklumkan mengenai terlebih dulu mengenai hadiah istimewa yang cukup unik iaitu perniagaan yang berkaitan kesihatan dan kecantikan.
"Projek ini adalah pelaburan jangka panjang. Biarpun idea untuk mengasaskan perniagaan hadir secara mendadak namun ia hadiah yang cukup istimewa dan penuh makna," katanya.
Pada majlis hari lahir tahun lalu, Umie menerima kereta mewah, Mercedes SLK. Sehari sebelum majlis sambutan hari lahir itu, Umie turut diraikan oleh rakan rapat dalam majlis yang penuh kejutan. Biarpun ringkas namun ia penuh bermakna.