my followers...tolong tinggalkan jejak lepas anda follow blog sememeh saya,tq atas kesudian
Monday, May 31, 2010
makin hari makin...
makin hari muhammad irfan zikri makin lasak..pagi tadi,dua kali dia turun sendiri dari buai.adoii..alhamdulillah sempat selamatkan.bukan ape..dia baru pandai ngesot ke depan,merangkak belum.balik dari sek tadi,mak bgtau lagi sekali die turun sendiri..irfan ni..lasak sangat..jangan lasak2 ye sayang,sian opah
Sunday, May 30, 2010
belek punye belek
belek2 gambar lame,jumpa gambar nih..comelnye aku mase kecik kan.hihi...ekceli gambar ni aku tak ingat zaman bile tapi seingat aku mase ni aku belum sekolah,awal 90an kot...hehe
Saturday, May 29, 2010
sanah helwah *norhafidah*
dedaun gugur bukti kedewasaan..
tanpa madah & hadiah,namun ku iringi doa untukmu..
syukur kepadaNYA atas nikmat usia..
semoga rahmat ALLAH bersamamu selalu..
insyaALLAH..
SELAMAT HARI LAHIR KE 20
Friday, May 28, 2010
irfan dapat kasut
salam jumaat...selamat bercuti..aku pun cuti,untung jd cikgu cikgi..hehe..hari ni xde aktiviti sangat lah.pagi2 aku dah bangun siapkan nasi lemak untuk sarapan..yang seronoknye tadi gi amik duit gaji..haha...dah ade duit macam2 nak beli.mula2 beli hadiah untuk mimi,die kawin esok..merebak lak kat part stationary,sambar stationary case,maklumlah cekgi banyak alat tulis.hehe...melarat ke part baby stuff lak..so,hari ni irfan dapat kasut dan cap baru...masuk kete je terus pakaikan.wah,kemain lagi bergaya...mesti die suke kan.yelah,nak cakap tak reti lagi..sengih tayang gusi jelah kan..hehe...ade pic tapi x dapat nak upload lak...hurmmm
Tuesday, May 25, 2010
lalu mcm air
satu malam dah berlalu tanpa aku berbuat ape2..paper exam blm mark lg..baju2 dh sebakul blm lipat..adoyai.rajin!!oh...rajin!!!meh balik skg!!
Sunday, May 23, 2010
cerihik..
"mak...pampers anak dah habis...susu pun habis jugak...emm,nestum pun dah habis ni.pinjam RM100?"
tulah korang,mase ade duit tak beringat sume tu..mujur mak hidup lagi.adoiii...sian mak

Saturday, May 22, 2010
tak pernah aku lalui
salam..alhamdulillah hari ni keadaan aku bertambah baik dari semalam.aku tak rase ade cerita menarik yang aku nak ceritakan.tapi aku nak kongsi satu kes yang berlaku kat sekolah tempat aku mengajar baru-baru ni..kalau tak silap kejadian ni berlaku hari Rabu 19 Mei 2010..macam biase aku adalah orang yang agak awal sampai ke sekolah setiap hari even jam dah jam 2:40 petang.hehe..ok,hari Rabu tu aku sampai dalam jam 2:25 petang..sampai2 je terus gi bilik guru,pastu aku meneruskan perjalanan ke kelas aku yang sederet ngan bilik guru tu dengan niat nak memastikan kelas dalam keadaan bersih dan kemas.alhamdulillah kelas dalam keadaan yang aku harapkan tadi..tengah aku check buku persediaan mengajar,aku sempat terpandang ke blok belakang kelas aku..nampak keadaan agak kelam kabut,kat situ jugak aku nampak ade sorang penjaga pelajar (mamat-bukan nama sebenar).ape die buat kat situ.emm,memandangkan masa belajar dah pun bermula,aku wat x amik port jelah.lagipun blok belakang tu ade guru jugak..dipendekkan cerita,masa waktu balik aku terdengar soseh2 pasal penjaga yang datang tadi..0ooo..rupanya pakcik tu datang jumpa sorang pelajar (ali-bukan nama sebenar jugak),ape sebab aku tak tau.tapi ape yang aku dengar,pakcik mamat tu tarik telinga ali sekuat hati lepas tu pukul belakang tengkuk ali..gile ke ape pakcik mamat????ape sebab buat anak orang macamtu?buatnye mati anak orang tu,ape kami guru2 nak jawab ape??tak sangka sanggup pakcik tu buat ali macamtu..masalah budak2 je aku rase...untuk kepastian aku korek2 cerita dari anak2 murid aku yang tersangat jujur (budak2 x pandai menipu)...betullah soseh2 yang aku dengar tu..kesnya,cucu pakcik mamat (sani-bukan nama die) beli gambar yang main tepuk2 tu sampai 200 keping dari ali.agaknye pakcik mamat marah duit cucu die wat habis beli benda tu kot..tapi,sani tu yang aku kenal,memang perasan bagus..kalau ye pun si ali tu salah,janganlah buat die macamtu..repot polis baru taw...argghhh!!!!zass
Friday, May 21, 2010
sok sek sok sek..
salam...dah 2 hari aku demam,hari ni dapat mc dari Datuk Dr K.Kunaraj..asalnya selsema je,mungkin berjangkit dari si kecik irfan tuh..alih2 semalam balik keje muntah2..abeh kua segala isi perut.kepala berdenyut2..adui,risaunye..alhamdulillah gi klinik Dr x kate pun aku ni kena demam luar biasa..syukur ya Rabb..ada hikmahnye,supaya aku lebih mendekatkan diri kepada ALLAH..tadaa...
Wednesday, May 19, 2010
JATUH CINTA KERANA ALLAH ATAU NAFSU
Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?
Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.
Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.
Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.
Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.
Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami
Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.
Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.
Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.
Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.
Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.
Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.
Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.
Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari
kepala.
Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.
Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.
Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.
Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.
Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.
Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.
Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.
Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.
Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.
Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:
“Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.”
Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terimakasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.
Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.”
Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.
Ada orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”
Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.
**ehsan dari pengantin.com.my

Sunday, May 16, 2010
selamat hari guru 2010
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU YANG MENGAJARKU DARI TADIKA SAMPAI KE TAHAP INI,TERMASUK LECTURER2..
KHUSUSNYA:
TADIKA-CIKGU ROSMINA & CIKGU NORAZIAH
SK LEPAR HILIR SATU-CIKGU ZARINA,CIKGU RAZAIMI,CIKGU ZULKIFLI,CIKGU ISMAIL ALBANJARI,CIKGU AZHAR & CIKGU MUHAMMAD
SM AGAMA MARAN-USTAZAH ROHANI,USTAZAH ZAINUN,USTAZAH NORLIZA,USTAZAH ZAINUN,CIKGU AZIMAH
KULLIAH SAB PEKAN-USTAZAH RABIHA
KUIN-DR.SYAABAN ZYNAL ABIDIN,MISS SHA,USTAZ HAMZAH & DR........lupe name daa..sori Dr,igt nme ayah Dr je..huhu..
ramai lg guru2 yang tersangat besar jasa & pengorbanan,tapi kalau senaraikan sume penuh sgt lak..btw,sy sayang guru2 saya..tanpa anda,saya tak jadi macam sekarang..especially untuk CIKGU ZARINA,terima kasih tak terhingga sebab cikgu yang mengajar saya membaca masa darjah 1 sampai saya pandai,dari kelas ke4 saya berjaya ke kelas pertama..
USTAZAH ZAINUN,saya mintak ampun banyak2..ustazah selalu pening ngan kerenah saya yang bencikan peraturan sekolah & asrama..USTAZAH ROSLIZA jugak,huhu..saya selalu keluar curi2,sebab ustazah x bagi pegi pasar hari ahad..tapi saya ingat,ustazah belanja saya burger & air tebu sebab saya bengang ustazah x bagi kuar..pastu ustazah,buah2 kat dalam dapur asrama saya & geng yang amik..kami kantoi kes ayam je..huhu..USTAZAH RABIHA & TEACHER SARIMAH,ampun selalu x masuk kelas..saya bukan ponteng tapi tido kat surau..teacher,i'm so sorry cuz tak dapat nak kejar harapan teacher untuk saya sebagai pelajar target subjek MUET..GURU-GURUKU SAYANG,seandainya terbaca entri saya kali nih saya nak anda tau saya sangat sayang guru-guru saya..
Selamat Hari Guru.Semoga setiap pengorbanan dirahmati Allah di dunia dan akhirat.
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Saturday, May 15, 2010
happy birthday!!
15 mei 1988 / 15 mei 2010
SELAMAT HARI LAHIR KE-22 BUAT TEMANKU,MAZNAN BIN DAUD..
SEMOGA DIBERKATI USIA,DIBERKATI REZEKI DAN MOGA RAHMAT ALLAH BERSAMAMU SELALU,INSYAALLAH..
Terima kasih atas setiap kebaikan,moga Allah memberi ganjaran ..

Syukurku pada Tuhan atas pertemuan,moga ukhwah yang terjalin akan berkekalan..
Maafkan diri ini yang serba kekurangan,yang tak sunyi melakukan kesilapan..
memang sori sebab langsung x ingat birthday awak..maklumlah ni thn pertama..nasib baik ade reminder kat fb..ni pun 2 hari lepas baru ingat..lagipun tu sume tak penting..huhu...HAPPY BIRTHDAY!!!
Friday, May 14, 2010
for him
emm..bru aku teringat..15 mei antara tarikh penting bagi aku..sambil2 tu aku jugak memikir,ape hadiah yang sesuai untuk kaum adam..skop besar ni,samada untuk ayah,suami,buah hati,abang,adik lelaki,dll..tolong yer..
Thursday, May 13, 2010
NOR HARYANTI & NORHARYANTI
NOR HARYANTI & NORHARYANTI
nama yang sama dari individu yang berbeza...NOR HARYANTI,seorang teman yang aku kenali melalui facebook,setelah aku kaji,beliau mengenali skulmate aku Hanisah Burhanuddin..patutlah hari tu aku sms si Nisah die tanya lak aku Yanti mane.adoii..kebetulan nama kitorang sama,macam ada keserasian jer even tak pernah jumpa.kan Yanti?hehehe..tak pernah jumpa,tak bermakna tak mesra.dah lama jugak kenal kat facebook,kitorang lanjutkan ke dunia YM pulak..kat YM lah kitorang bertukar-tukar cerita..lucu pun ade..antaranya,si Yanti tu lahir tak cukup bulan (7 bulan).aku pulak terlebih bulan (11 bulan)...emm,Yanti tu orang Johor,sekarang belajar kat UKM same jugak dengan Nisah..bukan calang2 orang,beliau adalah pelajar Ijazah Sarjanamuda Ekonomi dengan kepujian Ekonomi Sumber dan Alam Sekitar..beliau memang seorang yang take care sangat2..aku demam sikit pun dh macam2 amanat beliau bagi..suruh makan ubat,minum 100plus dll..hehehe..beliau selalu panggil aku kembar.dah lama jugak aku tak contact beliau,bukannye ape..aku taw beliau tersangat sibuk dengan tugas sebagai pelajar..terbaru aku sempat wish birthday beliau je pada 9 May baru2 nih..HAPPY BIRTHDAY MY FREN,MAY ALLAH BLESS US..INSYAALLAH..Amiin
Wednesday, May 12, 2010
bla bla bla dengan MAK
tengahari tadi macam biasa aktiviti masak memasak dengan mak kat dapur..selalunya ada je topik yang kitorang sembang sambil masak..aku rasa dengan cara camni,aku rasa makin rapat dengan mak..makin sayang.even aku tak pernah ucapkan SAYANG depan mak,tapi dihati aku mak adalah segala2nya...berbalik pada cerita aku..topik kitorang tengahari tadi pasal makcik siah & makcik ita (jiran2 aku) jatuh motor jumaat lepas..tulah,citer lame pun blh jadi topik jugak..sabau jelah..syok citer pasal tu,mak aku pun wat rumusan camni..''walaupun dah berpuluh tahun bawak motor,jangan yakin diri sangat.kena jugak hati2''...kuar pulak kisah mak aku jatuh motor dulu2 dengan aku..sumpah aku x tau pun citer tu..dah dekat 24 tahun aku lahir,mak x pernah citer pun..citernye camni,mak bawak aku jalan2 naik motor.tiba2 hujan turun lebat giler.aku sangat takut masa tu sebab hujan memercik kat muka aku yang duk dalam raga motor(hehehe,mesti comel)..aku dengan berani nak turun dari motor tu sebab takut hujan tulah..alhamdulillah mak sempat paut tangan aku & lepaskan motor camtu jer..kesannya brek motor honda 70 mak patah..terima kasih mak,kalau mak tak paut tangan kakak masa tu,ntah ape jadi kat kakak kan mak..ntah panjang umur ke tidak..mak sanggup tanggung risiko sebab nak selamatkan anak perempuan tunggal mak nih..luv u sooooo much mak!!!muaaaah...ape yang mak buat tu pun kakak tak mampu nak balas kan mak,ape lagi nak balas segala apa yang mak korbankan selama ni..
**sambil potong bawang aku menangis dengar cerita mak..mak tak perasan kot.tak pun konon2 tak perasan..irfan menangis,aku lak join die nangis sambil henjut buai..ehemmm..lagi satu,peristiwa ni berlaku masa aku baru pandai berjalan.patutlah aku tak tau.hihi
Tuesday, May 11, 2010
kebelakangan...kehadapanan...
1- sangat bzi dengan ujian lisan..hari kedua ujian,gelabah pulak cari borang markah yang hilang.rupenye diterbangkan angin dari kipas masa aku syok tido malam..
2- sangat bzi dengan kerja2 menyiapkan kertas soalan Bahasa Arab...fuhh..berpeluh aku nak siapkan.makan masa berminggu jugak..
3- PC aku rosak,mati secara tiba2..hantar PC clinic,nah engkau...motherboard rosak..terbang RM219..
4- jaga si kecik fafan yang semakin lasak..adoyai
5- P&P aku ade banyak jugak yang x siap lagi..bukan ape,banyak sgt kelas ganti2..risau gak JAKIM datang mengejut nanti..
zass

Sunday, May 9, 2010
untuk mak
selamat hari ibu untuk mak (PN.KAMARIAH BT MAT YATIM)...
tapi kan mak,setiap hari adalah hari kasih sayang untuk mak...
sayang mak sangat2
Subscribe to:
Posts (Atom)