www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws my followers...tolong tinggalkan jejak lepas anda follow blog sememeh saya,tq atas kesudian

Friday, January 29, 2010

whatever...

salam..dah lame tak meraban kat sini.maklumlah sibuk sangat berkebun takde mase nak ke blog.huhu...emm,xde ape cite pun nak share kat sini.saje ngade2 konon ade post...tapi selama seminggu ni memang memenatkan sebab aku terpaksa gabungkan dua kelas jadi satu..28+28=56.bermakna 56 orang budak aku nak kena handle..fenin fenin..56 orang ada 56 ragam.mati kering aku tiap2 minggu camni.tapi hari ni dah jumaat,blh release tension ngan kawan2ku mak datin sekalian..emm,ape lagi yer.cukuplah sampai sini.zass wasalam
tepek pic yang xde kene mengene..hehehehe

Monday, January 25, 2010

Angkara Yahudi

Usaha terancang Zionis untuk roboh al-Aqsa


MENGIKUT sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud 'Masjid Paling Jauh', terletak di Baitulmaqdis atau 'Jerusalem' bagi orang Yahudi.
Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis.
Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj.
‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis.
Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif. Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.
Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Umat Islam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya.
Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.
Masjid itu pada awalnya sebuah rumah ibadat kecil dibina oleh Khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab di kawasan seluas 25 hektar pada 638 Masihi (M), namun dibina semula dan diperluaskan oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan dan disiapkan anak lelakinya Al Walid ibni Abdul Malik pada 705M.
Gempa bumi pada 746M memusnahkannya sebelum dibina semula oleh Khalifah Abbasiyah, Al-Mansur pada 754M dan diteruskan penggantinya, al-Mahdi pada 780M. Satu lagi gempa memusnahkan sebahagian besar al-Aqsa pada 1,033M, namun dua tahun kemudian Khalifah Ali az-Zahir membinanya semula yang kekal sehingga hari ini.
Ketika tempoh pengubahsuaian dijalankan, pelbagai dinasti pemerintahan Khalifah Islam membina ruang tambahan selain kubah, bahagian hadapan, mimbar, menara dan struktur dalaman.
Apabila Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa Palestin.
Laporan terbaru menyatakan, Masjid al-Aqsa terancam dan boleh roboh kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel. Kerja penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Pada masa itu, Israel memperhebat penggalian di bahagian bawah masjid termasuk di selatan dan baratnya.
Pada 1977, penggalian itu diteruskan dan sebuah terowong besar dibuka di bawah kawasan solat wanita. Satu terowong baru digali pula di bawah masjid, dari timur ke barat pada 1979. Sebagai tambahan, Jabatan Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel menggali sebuah terowong berhampiran bahagian barat masjid pada 1984.
Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis).
Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman. Terowong itu tidak dianggap penting dari segi agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup dan pada hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi.
Kepentingan berhubung isu penggalian terbabit ke atas umat Islam tidak perlu dijelaskan. Mereka umumnya bimbang Masjid al-Aqsa dan asasnya akan rosak dek kerja penggalian itu.
Malah, apakah manfaatnya penggalian itu kepada penduduk Yahudi tidak difahami kerana hakikatnya tiada kepentingan langsung dari segi agama.
Pada Februari 2007, jabatan arkeologi terbabit mula menggali di lokasi bagi membina semula laluan jalan kaki yang runtuh. Tapak itu terletak 60 meter dari Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan umat Islam dan Israel dituduh cuba memusnahkan asas masjid.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniya menggesa rakyat Palestin bersatu bagi membantah penggalian itu, sementara pemimpin Fatah mengancam menamatkan gencatan senjata dengan Israel.
Dalam laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC) Februari 2008, sekumpulan pembuat dasar Hamas yang ditahan Israel menggesa rakyat Palestin menyekat rancangan baru Yahudi menggali terowong baru di bawah Masjid al-Aqsa.
Pembuat dasar Palestin yang ditahan di penjara Ayalon itu, percaya apa yang berlaku adalah satu lagi cubaan Israel untuk menghapuskan sejarah Arab dan Palestin di Baitulmaqdis.
Mereka menggesa dunia Arab dan Islam membantu mereka melindungi Baitulmaqdis dan kawasan suci Islam. Mereka juga berkata, perpecahan di kalangan penduduk Palestin menggalakkan Israel melakukan sesuka hati di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.
Akhbar Haaretz pada 31 Januari 2008 mengesahkan laporan bahawa Israel mengambil keputusan memulakan penggalian sebuah terowong baru di kawasan yang disebut.
Pada Ogos 2008, sumber Israel melaporkan, Menteri Luar Jordan, Salah Bashir, bertemu duta Israel di Jordan untuk membantah penggalian berhampiran Masjid al-Aqsa. Jordan berkata penggalian itu akan mencetuskan gelombang keganasan baru di Asia Barat dan Baitulmaqdis adalah Garisan Merah bagi semua penduduk Arab dan Islam.
Mohammad Abu Hdeib, ketua jawatankuasa Parlimen Jordan berhubung hal ehwal antarabangsa, menyatakan bahawa Bashir memaklumkan duta Israel bahawa Jordan membantah langkah dijalankan Israel dan menambah bahawa penggalian berhampiran Pagar Mughrabi yang menghala ke Masjid al-Aqsa melanggar perjanjian damai 1994 di antara Jordan dan Israel.
Abu Hdeib berkata, penggalian oleh Israel dan rancangan keseluruhannya mengancam asas Masjid al-Aqsa.
Dalam laporan lain pada November 2009, Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa mendedahkan, Israel mula menjalankan kerja penggalian di laluan Al-Sharif, berpuluh meter dari bahagian barat Masjid al-Aqsa, dalam persediaan membina dua terowong dan dua lif bagi menghubungkan antara laluan itu termasuk Al Buraq dan Pagar Mugharabi.
Yayasan itu berkata, tujuan membina terowong dan membina lif ialah ‘membawa penduduk Yahudi ke barat dan pintu Masjid al-Aqsa, terutama di pagar Mugharabi, lokasi pelancong asing dan Yahudi menyerbu masuk Masjid al-Aqsa.” Yayasan menganggapnya projek ‘mengyahudikan’ Masjid al-Aqsa.” Malah, pihaknya mendapati kerja penggalian dijalankan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, termasuk di lorong Al-Sharif.
Yayasan itu mendedahkan dalam satu laporan 3 Mac 2009, hasrat Israel dan sayap eksekutifnya menggali dua terowong baru, satu daripadanya sepanjang 56 meter dan satu lagi 22 meter bagi menghubungkan lorong Al-Sharif Palestin di Kota Lama ke Baitulmaqdis. Kawasan yang dimaksudkan terletak di dalam sempadan Kota Lama seluas lebih 133 meter persegi yang diduduki Israel pada 1967.
Ia juga mendedahkan keinginan Israel memasang lif elektrik dalam terowong menegak dan koridor elektrik di terowong memanjang. Lokasi dua terowong itu menjadi titik pertemuan beberapa tapak arkeologi, bagi Israel membangunkan satu sejarah ilusi Yahudi.
Ia menjelaskan bahawa projek mengyahudikan itu menelan belanja 10 juta shekel (RM8.35 juta) dan akan dilaksanakan dengan kerjasama antara perbandaran jajahan Baitulmaqdis, syarikat pembangunan dan pemuliharaan penempatan Yahudi, Pihak Berkuasa Monumen dan Institut Insurans Nasional. Projek itu akan dibiayai menerusi sumbangan Baruch Klein, seorang ahli perniagaan Israel-Amerika Syarikat.
Penggalian terowong itu sampai ke kemuncaknya apabila yayasan terbabit mendedahkan penggalian skala besar dijalankan Israel di kawasan bersambungan ke dinding selatan Masjid al-Aqsa, juga dikenali sebagai Istana Umayyad.
Sesetengah kerja penggalian dikatakan dilakukan pada waktu malam terutama dalam tangki air terletak di kawasan menghala ke kawasan bawah tanah masjid berkenaan. Yayasan memberi amaran mengenai risiko dan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usaha segera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewan solat Marwani di dalam masjid.
Kawasan penggalian berselerak dilakukan di kawasan barat daya berhampiran tapak yang mengelilingi kawasan asal masjid, yang digelar ruangan Al-Khanthaniyya, dan di kawasan tengah serta timur ke barat.
Yayasan memberi amaran bahawa penggalian itu bertujuan melemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam.
Amaran itu sekali lagi dinyatakan Ketua Hakim Pihak Berkuasa Palestin (PPA), Sheikh Tayseer Tamimi kepada IMEMC yang bimbang Masjid al-Aqsa, yang kini terjejas akibat rekahan dan retakan pada dindingnya, memberi tanda akan roboh pada bila-bila masa, akibat penggalian skala besar dilakukan Israel di bawahnya.
Ia berikutan kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada waktu malam membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan masjid.
“Israel perlu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitar yang membabitkan kawasan penganut Kristian,” kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan.
Ulasannya berikutan runtuhan kawasan penduduk di Silwan, timur Baitulmaqdis pada 11 Januari lalu, meninggalkan lubang sedalam 12 meter persegi di tengah jalan Wadi Hilwah.
Pada masa sama, beliau merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi, selain pencerobohan tentera di al-Aqsa, dan terbaru kemasukan 50 pelajar daripada pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel untuk menjalankan penyelidikan dan pendatang Yahudi ketika wanita Islam bersolat.
Jawad Siyam, Ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa memberitahu agensi Maan bahawa runtuhan baru itu sedalam 10 meter, dan terletak hanya beberapa meter dari satu lagi runtuhan minggu lalu akibat kerja penggalian berterusan Israel.
Juga air hujan mula membanjiri Al Ein, kawasan masjid berhampiran di mana penggalian bertumpu.
Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Baitulmaqdis (JCSER) melaporkan kejadian Isnin lalu hanya satu daripada beberapa siri runtuhan sama yang berlaku pada 2009. Runtuhan terbaru berlaku di sebuah sekolah tempatan untuk perempuan, di mana 17 pelajarnya cedera.
JCSER mengakui penggalian Israel itu menyebabkan kerosakan struktur kepada beberapa premis di kawasan itu terutama di masjid Al Ein.
Pusat itu juga memberi amaran beberapa siri runtuhan bakal berulang di Silwan dan Kota Lama ketika Israel menjalankan kerja mengorek bagi membina satu rangkaian terowong di kawasan itu. Penggalian itu sudah sedia menyebabkan kerosakan struktur ke atas berpuluh bangunan di kawasan terbabit.
Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002; “Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa akibat runtuhan dinding masjid.”
Adakah umat Islam di seluruh dunia hanya mampu melihat Masjid al-Aqsa runtuh begitu saja? Atau mampukah kita melihat Masjid al-Aqsa diyahudikan? Inikah petanda akhir zaman? Itulah antara persoalannya.
sumber:berita harian

Sunday, January 24, 2010

selamat pengantin baru

selamat pengantin baru untuk rakan sekelasku mohd kamil bin amran dan pasangannya roslaini bt othman,selamat menjadi pengantin hari ni ye 24 jan 2010..tumpang gembira walaupun tak dapat datang.sori sangat okai..
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu)

Friday, January 22, 2010

na o mei..

salam..aku memang takde keje malam ni..lagipun aku malas nak kaji buku,hehe.esok masih ade.aku pun buat2lah cari aktiviti..aha,aku pun teringat drama bersiri slot Akasia yang tengah ditayangkan sekarang.NA O MEI..tulah tajuknya.episod 1 aku dah tengok kat tv.rase cam,tak tengok pun takpe.aku pun saje je tengok episod ke2 dan ke3 secara online.emm,best jugak..haih,pandai2 je kawan2 aku kate tak best.yelah,lain orang,lain citarasa kan..nampaknya dah datang satu sebab lagi yang memaksa aku melekap depan tv tiap2 petang..dulu cinta balqis..skang na o mei..jalan ceritanye lain kali lah aku cite ye sebab aku dah 50-50 ni,ngantuk.hehe...aku nak promo ni kawan2,jom lah tengok na o mei..zass

ni lah o mei...hehe

Tuesday, January 19, 2010

mari2 tengok...

salam..ni adalah artikel yang sebijik2 aku copy n paste dari paper harian metro hari ni.takde sikit pun aku edit.aku bukanlah peminat umie aida mahupun abang k ni,sebab abang aku jauh lebih muda dari diorang..hehe.pokok cite sekang aku nak korang bagi pendapat pada ayat yang aku dah bold n kaler hijau bawah nih

Umie nikah secara tertutup
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my
2010/01/19
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JIKA dibuat perbandingan karakter luaran di antara aktres Umie Aida, 37, dan tunangnya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, yang kini menunggu detik disatukan dengan ikatan sah sebagai suami isteri, memang ternyata berbeza.
Kata Umie, sikap mereka sangat kontra sehingga kadangkala dia berasa tertekan. Begitupun dia kagum dengan prinsip yang diterapkan bakal suaminya itu.
"Memang saya memberitahu kepada abang supaya memberi saya sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Memandangkan saya sudah biasa membuat keputusan sendiri sudah sekian lama. Apatah lagi saya juga mempunyai dua anak angkat. "Namun sekarang ini dengan abang saya perlu menghormati keputusan dan berbincang dengan abang mengenai semua perkara terutama membabitkan keluarga.
"Saya akui banyak memberi cabaran kepada abang kerana suka mengarah dan kerap marah. Walaupun bertahan dengan kerenah saya, abang pandai menambat hati anak angkat dan keluarga saya.
"Malah apa yang membuatkan saya kagum mengenai prinsip abang iaitu suami isteri memikul tanggungjawab bersama dalam keluarga," kata Umie ketika ditemui pada majlis sambutan hari lahirnya di pinggir ibu kota kelmarin.
Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-16 menerusi filem Embun ini mengakui dia pernah memohon doa di Makkah ketika mengerjakan umrah tahun lalu supaya dipertemukan jodoh.
Justeru mengapa dia perlu menidakkan kehadiran insan itu. Mungkin juga masa sudah tiba untuk menamatkan zaman solonya.
Walaupun jarang meluangkan masa bersama seperti pasangan lain, namun sikap rendah diri dan pemalu Khairuddin berjaya menambat hati Umie. Menurut Khairuddin walaupun Umie agak tegas dan kasar namun jauh di sudut hatinya dia adalah insan yang baik hati.
"Kami tidak pernah dating. Saya pula lebih suka bersikap 'low profile'. Saya tidak menilai Umie sebagai artis malah menganggapnya seperti manusia biasa. "Pada saya artis sebagai taraf atau kedudukan seseorang menerusi karier mereka. Saya bersedia menangani apa saja cabaran yang bakal dilalui selepas memperisterikan seseorang artis.
"Umie pada saya mempunyai sikap yang cukup dominan dalam semua perkara. Dia juga tidak liar seperti yang kita nampak. Sebaliknya mulutnya saja yang bising tetapi hatinya baik. "Saya akui cabaran mengurat Umie memang ada seperti selalu dimarahi. Begitupun saya tidak ambil kisah sangat itu. Sebaliknya kesabaran saya itu berjaya menambah hati Umie," katanya.
Malah Khairuddin seorang ahli perniagaan ketika diusik akan menyekat karier seni Umie selepas bergelar isteri nanti, memaklumkan dia tidak akan sesekali menghalang aktiviti seni Umie sebaliknya mendorong pembabitan dalam bidang seni. Padanya lakonan sebagai ibadat atau fardu kifayah yang memberi iktibar dan hiburan kepada masyarakat.
Biarpun tarikh pernikahan pasangan ini belum dimaklumkan namun segala persiapan menjelang hari bersejarah itu tetap berjalan lancar.
Sebelum ini, Umie Aida atau Umie Kalsom Rahmad bertunang pada awal Oktober lalu memaklumkan akan melangsungkan majlis pernikahan sekitar Januari ini. Disebabkan beberapa perkara berkaitan tarikh dan lokasi sebenar majlis berkenaan masih belum dapat dimaklumkan lagi. Malah bukan lagi rahsia di kalangan teman rapat dan keluarga apabila Umie merancang melangsungkan perkahwinannya di Makkah selewat-lewatnya pada Februari ini. Begitupun dengan nada berlapik Umie ketika ditemui memaklumkan majlis pernikahan akan diadakan di luar negara dalam tempoh terdekat.
Kata Umie, dia tidak akan berahsia mengenai majlis perkahwinannya itu begitupun ia tetap diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga saja.
"Memang itu adalah impian saya. Kalau ada rezeki dan keizinan Allah impian saya akan tercapai. Tujuan saya bernikah di luar negara bukan untuk mengelak daripada pihak media. Kalau mahu mengelak sudah tentu saya merahsiakan juga majlis pertunangan dulu. "Saya hormat doa kawan-kawan yang ingin melihat saya mendirikan rumah tangga. Tapi mana yang boleh kongsi, saya akan berkongsi bersama peminat. Cuma kali ini biarlah majlis nikah itu dibuat secara privasi," katanya.
Terdahulu, majlis sambutan haji jadi itu dihadiri lebih 200 jemputan yang terdiri daripada keluarga, kenalan dan rakan media. Pada majlis itu juga buat pertama kali, Umie memperkenalkan abang K secara rasmi bersama kenalan dan rakan media. Artis yang hadir antaranya Zahida Rafiq, Anne Abdullah, Ellie Suriati, Erma Fatima, Rubiah Suparman, Presiden Seniman, Harun Salim Bachik dan Chef Zam yang turut menaja kek pada malam itu.
Mengulas mengenai hadiah istimewa yang diterima Umie pada majlis hari jadi itu, sebolehnya dia tidak mahu perkara itu dihebohkan. Begitupun memandangkan abang K sudah memaklumkan mengenai terlebih dulu mengenai hadiah istimewa yang cukup unik iaitu perniagaan yang berkaitan kesihatan dan kecantikan.
"Projek ini adalah pelaburan jangka panjang. Biarpun idea untuk mengasaskan perniagaan hadir secara mendadak namun ia hadiah yang cukup istimewa dan penuh makna," katanya.
Pada majlis hari lahir tahun lalu, Umie menerima kereta mewah, Mercedes SLK. Sehari sebelum majlis sambutan hari lahir itu, Umie turut diraikan oleh rakan rapat dalam majlis yang penuh kejutan. Biarpun ringkas namun ia penuh bermakna.


Monday, January 18, 2010

angka??birthdate??kaler??

Salam..tertarik dengan post kat blog tulisancementot berkenaan angka kehidupan nih.jom check it out..angka kehidupan aku ialah:
ANGKA KEHIDUPAN 8
Wah! materialistik rupanya kamu ni! Tak nak mengaku lagi tu? Tapi biasanya kamu sentiasa memperolehi apa yang kamu inginkan. Selain itu, kamu juga pandai mengaturkan soal kewangan. Kamu juga mempunyai pandangan yang luas dan rajin bekerja. Dalam perhubungan, kamu memang jenis yang setia habis!
*materialistik ke aku nih?hihi..memang tak nak ngaku pun.sentiasa memperolehi apa yang diinginkan??takdelah semua..tapi selalunya..haha..yang lain-lain agak betul lah..
Kelemahan Diri:
Eh! Dahlah materialistik,boros pulak tu. Selain itu, kamu ini agak sombong orangnya lebih-lebih lagi dengan orang yang tak dikenali.
*yang aku bold ni aku suka,sebab betul..hahaha
Okey,kalo nak tengok angka kelahiran korang lak,rujuk lah blog sahabat... tulisancementot

birthdate aku...
nak selit ckit:
** you're were born on 31st of July 1986.
:: Problem solver.
:: Professional, honest, good assessor and strict.
:: Have a great plan and live in the best life environment.
:: Love to manipulate people; very objective to people around.
:: Need to make decisions base on self needs than others.
:: Show their leadership in their own way.

GREEN-fevret kaler
:: usually stable and balanced types.
:: This is the good citizen, concerned parent, involved neighbor and PTA member--the joiner of clubs and organizations.
:: are fastidious, kind and generous.
:: important for you to win the admiration of peers so you are often a do-gooder.
:: a caring companion, loyal friend, partner or lover, with a high moral sense, and are super sensitive to doing the right thing.
:: intelligent and understand new concepts.
:: less inclined, however, to risk something new than to do what is popular and conventional.
:: have big appetites for food. If you are dieting, it is difficult for you to lose your lumpies.
:: worst vice for a green is the tendency to gossip. Are you a little green with envy?

wasalam..~

Sunday, January 17, 2010

we have been together 2 weeks...

I sat down beside you looking at your profile,
as you turned to me showing me your beautiful smile...
the look in your eyes I captured in my heart,
and from this day I knew I never wanted to depart...
As our day ends and we must go,
home to our loved ones we both just don't know...
what the future holds for it is blind,
that our secret love remains stuck inside our mind...

Saturday, January 16, 2010

ketika cinta bertasbih











 Abdullah Khairul Azzam – 28 tahun- pemuda tampan dan cerdas dari sebuah desa di Jawa Tengah.Dari kecil, Azzam sudah terlihat sebagai anak yang sangat baik budi pekertinya.Atas usahanya yang gigih dia berhasil memperoleh biasiswa untuk belajar di Al Azhar Mesir selepas menamatkan Aliyah di desanya.Baru setahun di Cairo dan menjadi mahasiswa berprestasi peraih predikat Jayyid Jiddan (Lulus dengan Sempurna), ayahnya meninggal dunia. Sebagai anak sulung Azzam harus bertanggung jawab atas kehidupan keluarganya, kerana adiknya masih kecill.Sementara itu,dia sendiri harus menghabiskan pengajiannya di negara orang. Akhirnya dia mulai membahagikan waktu untuk belajar dan mencari nafkah.Dia mula membuat tempe dan bakso yang dipasarkan di lingkungan KBRI di Cairo. Berkat keahlian dan kebolehannya dalam memasak, Azzam menjadi popular dan dekat dengan kalangan staf KBRI di Cairo. Tapi hal itu terimbas pada kuliah Azzam, sudah 9 tahun berlalu, ia belum juga menyelesaikan kuliahnya.Selalu Azzam mendapatkan kerja di KBRI Cairo,maka mempertemukan ia dengan Puteri Duta Besar, Eliana Pramesthi Alam.Eliana adalah lulusan EHESS Perancis yang melanjutkan ijazahnya di American University in Cairo.Selain cerdas,Eliana juga terkenal di kalangan mahasiswa kerana kecantikannya.Bahkan pernah diminta BERLAKON di salah satu filem produksi Hollywood, juga untuk filem dan drama di Jakarta.Pakej prestasi dan juga kecantikan Eliana membuat Azzam menaruh hati pada Eliana.Tetapi Azzam tak mahu menjalin hubungan lebih dekat dengan Eliana, kerana selain sifat dan kehidupannya yang sedikit berlainan dengan Azzam, juga kerana nasihat dari Pak Ali, pemandu KBRI yang sangat dekat dengan keluarga Eliana.Apa yang dikatakan Pak Ali cukup terngiang-ngiang di benaknya, bahawa ada seorang gadis yang lebih sesuai untuk Azzam.Azzam disarankan untuk segera melamar seorang mahasiswa cantik yang tak kalah cerdasnya dengan Eliana.Dia bernama Anna Althafunnisa, S-1 dari Kuliyyatul Banaat di Alexandria dan sedang mengambil S-2 di Kuliyyatul Banaat Al Azhar – Cairo, yang juga menguasai bahasa Inggeris, Arab dan Mandarin. menurut Pak Ali, kelebihan Anna dari Eliana adalah bahwa Anna memakai jilbab dan solehah, bapanya seorang Kiyai Pesantren bernama Kiyai Luthfi Hakim.Ada keinginan Khairul Azzam untuk melamar Anna walaupun ia belum pernah bertemu atau melihat Anna.Kerana tidak punya belanja untuk pulang ke Indonesia, Pak Ali menyarankan supaya melamar melalui bapa saudaranya yang ada di Cairo, iaitu Ustaz Mujab, dimana Azzam sudah sangat mengenal ustaz itu. Dengan niat penuh dia pun datang ke ustaz Mujab untuk melamar Anna Althafunnisa. Tapi ternyata lamaran itu ditolak atas dasar status.Karena S-1 Azzam yang tidak juga selesai, dan lebih dikenali kerana jualan tempe dan bakso.Selain itu, Anna telah dilamar lebih dulu oleh seorang pemuda yang rupa-rupanya adalah Furqon, sahabat Azzam yang juga mahasiswa dari keluarga kaya yang juga cerdas dimana dalam waktu dekat akan menyelesaikan S-2 nya. Azzam menerima alasan itu, meskipun hatinya cukup perit.Tetapi kemudian Furqon mendapat musibah yang sangat menghancurkan harapan-harapan hidupnya.Hal tersebut membuatnya menghadapi dilema antara ia harus tetap menikahi Anna yang telah dilamarnya,tetapi itu juga sekaligus akan dapat menghancurkan hidup Anna.Sementara itu Ayyatul Husna,adik Azzam yang sering mengirim berita dari kampung, membawa khabar yang cukup meringankan hati Azzam.Agar Azzam tidak perlu lagi mengirim wang ke kampung dan lebih berkonsentrasi menyelesaikan kuliahnya.Kerana selain Husna telah lulus kuliah di UNS,ia juga sudah bekerja sebagai Psikologi.Keahlian Husna dalam penulisan sudah membuahkan hasil.Penghasilan Husna cukup dapat membiayai keperluan adiknya yang mengambil program D-3,serta adik bongsunya yang bernama Sarah yang masih bersekolah di Pesantren. Azzam yang sudah sangat rindu dengan keluarganya memutuskan untuk serius dalam belajar, hingga akhirnya berhasil lulus. Azzam pun menepati janjinya ke keluarganya untuk kembali ke kampung dan segera mencari jodoh di sana, memenuhi amanat ibunya.Walaupun sebenarnya masih terdetik sedikit harapan untuk tetap mendapatkan hati Anna.
Kisah berlanjut dengan pemaparan suasana kegundahan hati seorang master lulusan terbaik pula dari Universiti tertua di dunia itu. Furqan.Kegundahan hati itu terus berlanjut walaupun sampai ketika Anna menerima pinangannya dari Furqan. Ia bagai berada di hujung sebuah tebing kebimbangan, antara meneruskan ke jinjang pernikahan atau membatalkan semuanya.Sampai akhirnya, pil pahit harus ditelan oleh para pemuda yang selama ini menaruh hati pada Anna Althafunnisaa. Tak terkecuali Khairul Azzam, seorang mahasiswa Al Azhar yang baru dapat menyelesaikan kuliahnya setelah hampir 9 tahun lamanya ia berada di negeri para nabi itu.Banyak perubahan yang terjadi pada kehidupan keluarga Azzam jika dibandingkan dengan kehidupan 9 tahun yang lalu sebelum ia berangkat menunaikan cita-cita.Salah seorang adiknya iaitu Ayatul Husna kini telah menjadi seorang cerpenis remaja yang mendapatkan penghargaan dari Menteri Pendidikan Nasional Indonesia.Kemudian klimaks cerita ini terjadi ketika terjadi kecelakaan dimana yang menjadi korbannya adalah Azzam dan Ibunya, mereka terpelanting jatuh dari atas motor kerana terlanggar bus yang terhoyong hayang,akhirnya Azzam terbaring di hospital menderita patah tulang,sementara ibunya pulang menghadap ke hadrat Allah SWT.Ada raut kesedihan disana, padahal saat musibah itu terjadi adalah hanya berselang 4 hari sebelum pernikahan Azzam dengan seorang doktor dari Kudus.Namun alhamdulillah, akhirnya semua berlalu dan berakhir pada satu hal yang tidak terbayangkan sebelumnya.Satu kisah cinta Khairul Azzam dengan Anna Althafunnisaa menutup akhir cerita ini dengan manis.

Friday, January 15, 2010

ade orang jelez..

dear alin...kenapa jeles dengan saya?hehe..saya tade wat pape yang membuatkan alin jelez..adekah kerana blog saya dah cantik??kakaka...sudahlah alin.jangan jelez lagi.nanti kita makan mcD ye..wink~bersama-sama geng busuk i.k.a.y...daaa

Thursday, January 14, 2010

tensionis!@#$%^&*()_+|

ntahlah kenapa kulit muka aku mengelupas then gatal lak tuh,terutama bahagian tepi mulut...arghhhh,gatal cam ape tah.dah garuk,jadi parut hitam lak..dah tak comey (padahal memang tu hakikat sebelum ni)hehehe...ada sape boleh bagitau tak agak2 kenapa sebab aku tak taw.aku dah tak sanggup lagi..huarghhhh!!!!!!

hijau..

Hijau?ape ade dengan hijau...hijau adalah warna paling aku suka.entah lah kenapa.baju-baju kurung banyak warna hijau.blog pun warna hijau.kalau sape2 yang memang mengikuti blog aku ni mesti perasan yang background mesti hijau.profil friendster aku pun hijau.hijau hijau hijau.kalau ke kedai nak beli kain pasang warna hijau jer aku nampak cantik,hati pun berkenan..aku pun tak perasan selama nih aku gila warna hijau sehinggalah isteri bekas majikan aku tegur & bertanya kenapa aku selalu nampak hijau.hehe.takde jawapan.tapi aku rase hijau warna yang tenang,setenang alam ciptaanNya.tq kak ana menyedarkan,eheheh...meh kita tengok info2 tentang warna hijau yang jadi kegilaan aku sangat nih..
*Hijau - Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot-rahsia warna
*Warna Hijau - Mereka yang meminati warna ini merupakan seorang yang berperikemanusiaan dan amat prihatin. Biasanya apabila mereka mempunyai masalah, mereka akan merujuk kepada alam sekeliling bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan mereka. Awas, mereka yang meminati warna hijau ini adakalanya tidak boleh dipercayai, biarpun mereka bersikap berhati-hati apabila melakukan sesuatu perkara.
maknanya,ada yang positif & negatif lah jugak aku ni.tapi ada gak yang kurang tepat.aku suka bergaduh..haha.patuh pada pegangan agama pun 99% jer..ade lagi kejahilan2 aku..kolot?mungkin lah..
kesimpulannya,kaedah warna diri- menentukan ciri-ciri atau potensi-potensi yang terpendam dalam diri seseorang. Jika ditanya warna apakah yang paling baik? Jawapannya ialah tidak ada warna yang lebih baik atau lebih buruk daripada yang lain-lain. Setiap warna mempunyai kelebihan dan kekurangan yang setara di antara satu sama lain. Terpulanglah kepada individu itu untuk membangunkannya atau membiarkan ia terpendam begitu sahaja..sekian..



Wednesday, January 13, 2010

bengang..

aku bosan dengan cintamu aku rasa buang masa....huhu.takde kaitan ngan lagu ni.tapi ape yang aku bengang sekarang dengan seorang pemilik no fon yg hampir2 sama dengan aku..no fon orang tu 013-6_ _ _603..aku lak 013-6_ _ _605.dah la tanpa izin sms gini,oit..bla kau blit kpg?aku cakap kau ni salah no fon.boleh pulak die reply wkslm,towk cpa?aku cakap lagi kau salah no fon.yang ni aku angin,ko cpa towk,bodo..ade ke patut die kate aku bodo?aku sekolah sampai form 6,siap smbng degree lagi walaupun tak abeh 1 sem pn.hehe..bodo ke aku?aku rase ni mesti keje mat indon nih..gilo apo...gi jahanam la wei..

perjalanan aku hari ni

emm...tak banyak benda yang berlaku hari ni di sekolah memandangkan 2 subjek je aku masuk hari ni,tilawah & bahasa arab..melayan kerenak budak-budak tak cukup usia memang memerlukan kesabaran & memenatkan.minggu ni pulak baru minggu kedua persekolahan yang mana aku belum dapat membaca perangai masing-masing..sangat penat nak control diorang nih sehinggalah sabar aku di peringkat berjaga-jaga.aku cukup pantang waktu aku mengajar kat depan,ade yang wat keja lain.ada yang berlari-lari,ada yang makan.wahh,hati senang nampaknya mereka ni.betul-betul di zon selesa konon..akibatnya makanan diorang aku rampas sebagai tanda amaran.yang berlari-larian pun dapat habuan setimpal.masa 20 minit terakhir aku penuhkan dengan motivasi dari aku yang takde tauliah ni memandangkan mood mengajar aku dah pun hilang akibat sikap diorang yang tak menghargai & tiada rasa hormat dengan guru.aku seboleh mungkin nak menjadi guru yang lebih baik dari sebelum ni.rupanya niat aku disalahertikan,kepala aku pulak yang dipijak.dugaan untuk aku.antara apa yang aku selitkan tadi ialah pengalaman aku di awal persekolahan yang mane aku terpaksa akur dengan keadaan keluarga aku yang tersangat-sangat susah waktu tu.peritnya kalau diingat-ingat balik.dapat ke sekolah pun dah bersyukur sangat.hopefully diorang faham cerita aku & jadikan pengajaran.hopefully jugak diorang akan berubah sikap..salam~

Hukum sertai Facebook

salam..mari kita kongsi maklumat berhubung hukum menyertai Facebook yang dipetik melalui: akhbar metro
SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”
Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati: 
1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841). 
2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas? 
3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?
Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).
Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.
Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu. 
4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:
1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.
2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.
3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:
a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.
b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.
c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.
d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.
e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.
f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.
g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

baik-baik sayang..


Sunday, January 10, 2010

xtaw ape

INFO MENGENAI UNIT AMANAH(UNIT TRUST)..
Ramai diantara kita tidak menyedari kewujudan syarikat unit amanah no.1 dimalaysia yg telah beroperasi selama hampir 30tahun iaitu PUBLIC MUTUAL sebuah syarikat unit amanah milik penuh PUBLIC BANK..malah ada yang terkejut jika dikatakan pulangan yg diberikan oleh public mutual lebih tinggi dari ASB..kebanyakan antara kita hanya tahu unit amanah tanggungan kerajaan seperti ASB..padahal pulangan yang diberikan berdasarkan sejarah sejak penubuhannya jauh lebih baik dari apa-apa pun unit amanah yang ada dimalaysia..mungkin masyarakat cina lebih 'celik mata' bebanding kebanyakan orang melayu tentang ini dan tidak hairanlah mereka lebih maju dari masyarakat melayu sendiri..malah ada yang tidak pernah tahu pun tentangnya..ketaksuban orang-orang kita hanya kepada skim2 cepat kaya yang belum tentu berjaya,halal atau haramnya..walhal telah lama wujud skim simpanan atau unit amanah yang jelas halalnya seperti yang diberikan persijilan patuh syariah suruhanjaya security (SC) yang memberi pulangan sangat berbaloi untuk wang ringgit kita..walaupun mengambil masa seperti unit2 amanah lain tetapi kadar pulangan nya sepatutnya lebih menarik minat pelabur2 melayu..3-5tahun untuk menjana 100% adalah suatu yang sangat baik untuk direbut oleh semua orang..disiplin diri memungkinkan kita juga mampu mempunyai kehidupan yang lebih baik jika tabiat menabung dan melabur dalam unit amanah tersemat dalam diri semua masyarakat melayu di negara kita..
 
jika masyarakat negara maju mempunyai 4 tau 5 jenis dana unit amanah bagi setiap penduduk,amat malang bagi masyarakat negara kita kerana ada juga dikalangan kita lansung tiada satu pun dana unit amanah mereka samada tanggungan kerajaan atau swasta..dan masih ramai yang tidak mengetahui betapa sepatutnya kita mula menyimpan diunit2 amanah dikala harga nya murah..dengan pulangan tertinggi hamper 50% setahun sepatutnya membuka mata setiap orang..mungkin hebahan dimedia terlalu rendah hingga tidak sampai maklumat kepada setiap anggota masyarakat..selain pelaburan tunai, apa yang lebih menarik,sekarang sebahagian wang KWSP pun sudah dibenarkan diguna untuk melabur di PUBLIC MUTUAL dengan syarat2 yang ditetapkan..semua ini dilakukan untuk meningkatkan jumlah nilai wang simpanan untuk kegunaan selepas bersara..seperti yang kita tahu nilai dividen yang diberikan KWSP adalah rendah dan dengan sebahagian kecil nilainya jika dilaburkan kePUBLIC MUTUAL sudah tentu memberi pulangan yg lebih baik..untuk mendapatkan nilai2 yang melayakkan anda melabur sila hubungi saya..saya akan melakukan pengiraannya..
 
jadi saya sebagai seorang perunding unit amanah mengajak rakan2 semua mula menimbangkan untuk memulakan pelaburan tunai atau KWSP anda demi masa depan anda n anak2 anda nanti..TERIMA KASIH..
 
BERSAMA KITA MEMBINA MASA DEPAN..
Your Unit Trust Consultant :
segala pertanyaan mengenai PUBLIC MUTUAL boleh ajukan ke : saiful291280@yahoo.com / wanpublicmutual@yahoo.com
017-6848236 atau 013-2310840

Saturday, January 9, 2010

oh kulliahku...

Bertahun lama aku meninggalkan
Laman sekolah yang penuh kenangan
Memori indah mengusik di jiwa
Suka dan duka dalam memburu cita
Masih terbayang kenakalan teman
Usik mengusik bersenda gurauan
Kini setelah kita berjauhan
Semuanya itu menjadi kerinduan
Tetap segar dalam ingatan
Kali pertama berkenalan
Senyuman mesra menyimpulkan
Tali persahabatan
Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan
Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli
Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan
Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan
Oh sekolaku, kau amat ku rindu
Tempat bermula ku menimba ilmu
Jasanmu guru mendidik daku
Namamu harum di dalam ingatan
"You're my lovely school, I love you, I miss you"
09-01-2010
jom tepek-tepek gambar terbaru Kulliah SAB

poyo je aku
 
dewan tempat aku exam STAM
 
bangunan pejabat
 
dalam surau (aku dulu tak sempat sume nih)
 
pintu masuk surau
 
dewan makan
 
gerbang
 
blok kelas aku
 
kelas aku..selerak,ape kes
 
kantin,kdg2 jd tempat aku ponteng...=p
hasil rewang aku ke kulliah hari ni...

Friday, January 8, 2010

fitnah!!!!

08/01/2010
tarikh ni takkan aku lupa...
*aku diftnah oleh insan yang membenci aku walhal dialah yang mencurahkan ilmu kat aku dulu
*fitnah tersebar sampai ke luar kawasan aku dah
*sabar....sabar....dan terus sabar..
Dalam al-Quran, ada dijelaskan beberapa bentuk ujian yang mesti dilalui oleh setiap individu Muslim, sama ada ia berbentuk ujian kebuluran, ketakutan, ujian dengan sedikit sumber pemakanan, harta benda, ujian dalam kehidupan adalah untuk Allah ketahui siapakah di kalangan hamba-hamba-Nya yang paling bertakwa kepada-Nya..
Kesemua itu adalah bertujuan supaya orang Islam semakin matang dalam menempuh perjuangan hidup. Allah SWT tidak memberi mereka meraba-raba dengan ujian yang didatangkan kepada mereka, akan tetapi Dia mengajar mereka untuk berlindung dan bermohon kepada-Nya melalui program ibadat solat dan sabar dalam menghadapi ujian.
Firman Allah SWT menerusi ayat 45 surah al-Baqarah, bermaksud: "Jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, melainkan kepada orang-orang yang khusyuk."
Dalam ayat 153 pula, Allah menjelaskan maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu, sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang sabar."
Kedua-dua ayat tersebut di atas, memberi penjelasan bahawa Allah SWT telah meletakkan syarat terpenting dalam menghadapi ujian-Nya ialah dengan berbanyak sabar dan melakukan solat, sama ada yang wajib atau sunat, kerana dengannya kita boleh bermohon kepada-Nya untuk menyelamatkan kita daripada sebarang bentuk marabahaya yang boleh menimpa kita pada bila-bila masa.
Sifat sabar itu lahir apabila manusia ditimpa ujian getir daripada Allah SWT, ia bertujuan untuk memperkasa diri Muslim untuk terus berhubungan dengan Allah sebagai tanda penyerahan diri mereka hanya kepada Allah, dan sabar itu pula boleh dikategorikan sebagai berikut;
1. Sabar dalam melaksanakan segenap perintah Allah dengan penuh rasa khusyuk dan pasrah kepada-Nya.
2. Sabar dalam meninggalkan segala larangan dan tegahan-Nya dengan penuh rasa tanggungjawab.
3. Sabar dalam menempuh segala ujian, kerana ia mengandungi kebaikan untuk semua.
4. Sabar ketika berhadapan dengan maksiat.
5. Sabar terhadap ketentuan dan musibah.
Apabila dilihat kepada sirah para anbiya tidak seorang pun daripada mereka yang tidak diuji oleh Allah, namun ujian yang ditimpakan ke atas mereka tidaklah sama antara seorang rasul dengan yang lain, justeru baginda ada menegaskan dalam hadisnya yang bermaksud; "Para anbiya adalah golongan yang paling dahsyat ditimpakan ujian oleh Allah, kemudian golongan yang serupa dengan mereka (para ulama)."
Sehubungan itu, Almarhum Ustaz Mustafa Masyhur (Mursyidul Am kelima Ikhwan Muslimun menerusi tulisannya 'Bekalan kepada Para Da'ie' ada menyatakan, bahawa mana-mana individu atau jemaah tertentu yang memperjuangkan Islam, jika tidak melalui proses ujian, maka ia masih belum boleh dikatakan berjaya dalam dakwahnya.
Beberapa perkara yang berkaitan dengan ujian
1. Bahawa Allah SWT menjadikan ujian sebagai sunnah-Nya, supaya Dia mengetahui di kalangan hamba-Nya yang jujur dan mana yang berdusta, mana yang benar-benar beriman dan mana yang munafik. Jika sekiranya semua perkara itu mudah dan penuh dengan kesenangan, nescaya semua orang akan mengaku bahawa dia adalah seorang yang jujur, benar dan beriman. Akan tetapi, Allah mengetahui orang-orang yang benar-benar jujur dan orang yang melaksanakan solat lima waktu.
2. Antara pelajaran yang dapat diambil daripada setiap ujian, iaitu membersihkan orang-orang yang komited dalam perjuangan mendaulatkan Islam, supaya Allah mengetahui siapa orang-orang yang menghina orang-orang soleh dengan pelbagai tindakan jahat, termasuk para da'ie, penuntut ilmu, para ulama dan para wali Allah.
3. Antara rahsia daripada ujian dan cubaan yang diturunkan Allah ke atas permukaan bumi ini, iaitu penghapusan pelbagai kesalahan dan dosa yang terdapat pada diri orang-orang pilihan, sehingga Allah akan gugurkannya hingga ke akar umbinya.
4. Bahawa agama Islam ini, meskipun sering diberitakan bahawa ia sudah menang dan berjaya, sebenarnya di tengah-tengah perjalanan, masih penuh pelbagai cabaran dan tentangan, cubaan dan konspirasi jahat yang merintang, sehingga seorang mukmin masih bimbang menghadapi pelbagai konspirasi busuk yang dilancarkan syaitan yang berupa manusia terkutuk dari setiap pintu, jendela dan setiap arah.
5. Kita mampu menyingkap pelbagai konspirasi jahat musuh-musuh Islam, hingga kita mengetahui bahawa konspirasi busuk mereka tidak terbatas pada satu dimensi sahaja, akan tetapi datang dari semua arah dan tempat, pembunuhan, penjara, pengusiran, pencemaran nama baik, pembohongan, tipudaya dan sebagainya. Akan tetapi semua itu akan berakhir dengan kegagalan.
6. Antara pelajaran yang dapat diambil daripada ujian yang ditimpakan, iaitu agar seorang hamba sentiasa berjuang dan bangkit daripada jurang kerendahan dan kehinaan, serta berjuang kembali dengan tenaga dan semangat baru dan mengembalikan aktivitinya setelah keluar daripada ujian ini dengan jayanya.
7. Hendaklah seorang hamba itu merendahkan diri, patuh, tunduk dan berlindung kepada Allah serta bermunajat kepada-Nya, kerana kemenangan hanya ada di tangan-Nya dan kemuliaan hanya wujud dengan merendah diri kepada-Nya.
8. Kejujuran dan keyakinan tauhid hanya kepada Allah SWT. Hal ini dapat diketahui oleh orang yang telah cuba menerapkan kalimah La ilah Ilallah, di mana kejujuran yang kukuh tidak akan nampak kecuali saat hamba itu mendapat ujian, maka itulah ucapan kalimah tauhid yang diungkapkan dengan penuh kejujuran dan keyakinan dari dalam hatinya.
Justeru, tauhid ini akan dapat dilihat dengan jelas pada masa-masa berlakunya krisis, sebagaimana firman Allah SWT menerusi ayat 65 surah al-Ankabut yang bermaksud: "Maka apabila mereka menaiki kapal, mereka berdoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-nya."
© Copyright Harakah
semoga aku tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar

Wednesday, January 6, 2010

suara..

ISTIMEWA YANG TERSAYANG..♥♥

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap
Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran
Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap
Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

I wrote your name in the sky,but the wind blew it away. I wrote your name in the sand,but the waves washed it away. I wrote your name in my heart,and forever it will stay...

Monday, January 4, 2010

penawar hati..

istimewa untukmu-
Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa
Kuterima segala
Apa yang diperduga
Dan kini kubersedia
Hadapi hari muka
Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria
Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba
My love, I have tried with all my being
to grasp a form comparable to thine own,
but nothing seems worthy
with luv,
senyumm

Bintang malam lukis wajahku

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku
4 jan 2010..1:48am

Saturday, January 2, 2010

penat & terubat..

salam...alhamdulillah selamat sampai kerumah jugak..penatnye sabar ajelah..penat semalam merewang suku bandar.dalam pada poket kering sempat lah beli bolster pada harga RM18,harga asal RM59.90.mahal betul lah,padahal wat peluk je,bukan makan.hahaha.sahabat-sahabatku lagi best,cadar RM119,beli pada harga RM18 jugak..lagi mahal.tu pun boleh penat ker..huhu.penat pun rinduku terubat jumpa mereka-mereka..kalau alin ada lagi best.huhu..bila lah nak balik agaknye ye.aha,selamat tahun baru kawan-kawan & sesape yang terlawat blog nih..
the year has almost gone, but made us strong..the path was long, but we've walked with songs..there were fears and tears, but we had reasons for cheers!happy new year 2010
takde pulak pic nak tepek kat sini..lain kali lah ye.my SE da takleh pakai.sedey sangat..daa.out!!

Friday, January 1, 2010

sambutan tahun baru..

SELAMAT TAHUN BARU SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN..saya nak share sesuatu yang menarik minat saya..
adakah haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember?
Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha.
Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.
Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.
Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-
* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.
Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"
Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).
Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"
Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)
* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.
* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).
* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan.
31-12-2005_1-1-2006 MBMB