www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws my followers...tolong tinggalkan jejak lepas anda follow blog sememeh saya,tq atas kesudian
Showing posts with label gelombang~. Show all posts
Showing posts with label gelombang~. Show all posts

Monday, January 30, 2012

terkilan sekali lagi

pagi2 dah bukak fb..terkejut besar bile bkk fb bawah nih!
sekali dah nikah rupenye.yang aku terkilan,isteri beliau kawan agak baik masa form 6,study bawah pokok,round2 sek,makan sekali..adess..mak terkilan x dijemput.even x jemput pun,gitau lah..tapi mungkin sebab beliau tak sempat (guru @ sarawak)..tapi fb kan ade..tag lh (nak jugak menang)
close-up ckittt

**sangat double triple keciwa

Friday, September 23, 2011

tudung tutup dada

last week budak tudung biru tu pegi kenduri skulmate die..jumpa agak ramai lah kawan-kawan sekolah dulu..
dalam ramai-ramai tu ade sorang kawan die keje nurse..biar aku namakan tudung biru ni wardina,kawan dia yang nurse tu peah..eh,sebelum tu tengok cara budak biru tu bertudung ea..
peah:eh,hai kak wardina..lame tak jumpa,keje ape sekarang?
wardina:yeke?saya mengajar sekarang..
peah:ngajar katne?
wardina:ngajar kat sini lah.dah 2 tahun lebih saya pindah sini.
peah:laa..yeke?ngjar subjek ape?
wardina:bahasa arab
peah:waawii..ustazah rupenye,patut pakai tudung macamni.skema je takde silang-silang..[sambil gelak-gelak,wat muka ala2 keji]
wardina:kan memang patut tutup..tak kira buah kecik/besar [nah kau peah]
sejurus kemudian wardina terus blah dengan rasa sebal.sebal pun makan nasi kenduri tetap selera..haha
persoalannye:wajarkah cara bertudung dengan menutup dada sebegitu ditertawakan??
sian wardina,rasa malu pun ade sebab ade kawan macamtu.buat pengetahuan uols,peah & wardina ni sama2 belajar di sek.men.agama dari form 1 hingga 5.kemudian sambung form 6 juga dalam aliran agama..
wardina sedang mendoakan supaya peah dikembalikan hidayahNya '',

Thursday, June 9, 2011

pahit bagiku

ape yg pahit sangat tu?gedik beno title gitu kan..huhu..
xde,aku tengah duk sorang2 kat bilik teringat lak peristiwa aku diherdik oleh sorang guru..aku takkan lupa walaupun dah 12tahun berlalu..
citenye camni..tahun 1999,aku form 1..aku duk asrama sebab aku sek.men agama,jauh..sedia maklum 1999 zaman ekonomi meleset,betul x?kisah aku diherdik ni dalam kelas,masa subjek pend.Islam..yg mengherdik aku ni pulak bukan calang-calang guru.kalau aku mentionkan namanya kat sini confirm 1 malaya tau..

guru A : bile kamu nak bayar duit buku kerja??
aku : xtaw lagi,orang tua belum ade duit.
guru A : x ade duit?umah kamu ade tv?
aku : ade.
guru A : keluarga kamu ade kereta?
aku : ade.
guru A : kayelah tu,semua ade..
aku : (bengang)
guru A : kereta ade,tv ade,takkan duit nak bayar buku kerja takde..(dgn suara yg tinggi)

malu aku,sebab situasi dalam kelas..bukan aku malu tak berduit tapi aku malu diherdik macamtu.mak abah aku penoreh getah je.abah aku terpaksa pajakkan ladang getah dan terpaksa kerja sebagai guard kat kilang sawit.mak aku pulak terpaksa bersengkang mate sampai lewat malam & bangun sebelum subuh siapkan kuih & nasi lemak untuk jual.abang & angah aku ambik upah menoreh ladang orang lepas balik sekolah.memang orang fikir wahhh,banyaknye sumber pendapatan.hakikatnya bukan macamtu..aku rase nak hempuk je guru yang herdik aku tuh..die xtaw keluarga aku tiap2 hari makan nasik lauk ikan masin & sayur2 cari sendiri.aku balik asrama pun tumpang orang.kalau takde orang tumpangkan,abah aku hantar naik motor.kereta?kereta abah aku hantar kat makcik aku untuk disewakan untuk tampung duit ansuran bulanan.mesin basuh rosak pun tak mampu diganti baru,5 tahun basuh baju pakai tangan je.
duit belanja aku kat asrama tak payah cakaplah..balik sebulan sekali mak aku bagi RM30..pandailah aku nak guna duit tu untuk sebulan termasuk yuran asrama.yuran asrama RM18,tinggal baki RM12 dalam tangan untuk belanja sebulan.cukup ke korang rase RM12 sebulan dalam keadaan ekonomi gawat zaman tu..dengan RM12 aku beli sabun,buat tambang kalau balik naik bas.tumpang kereta orang pun xkan tangan kosong je.aku tak pernah keluar bandar semata2 nak meronggeng,jimat punya pasal..kalau balik dari kg macam2 kawan aku bawak dari kampung,aku yillekkk..tapi kawan2 memahami keadaan aku..ade sorang kawan aku memang baik hati sangat.pernah die tolong bayarkan yuran asrama aku,selalu belanja beli makanan kat kantin..aku akan lunaskan segalanya.
panjangnye cite,berbalik pada intro tadi..aku bengang sebengang bengangnye dengan ''guru A'' tu..aku rase sampai sekarang kebengangan aku belum reda..now,beliau dah pencen..hari tu aku bukak page sek aku kat facebook..ade attention tentang sape2 nak bagi sumbangan untuk anak2 angkat yang beliau bela sekarang boleh sumbang direct @ bank in ke akaun beliau..siryes,aku langsung tak tergerak hati nak sumbang ape2..die dah kaya,ade sek swasta dll.aku tengok kat umah bersusun kereta2 import & mewah..rumah besar..
mesti korang kate aku ni perangai teruk,dendam dengan guru sendiri..aku bukan pendendam,aku pun xtaw nak cakap macamane.terbaru,aku dengar ramai parents tak puas hati dengan cara beliau selama ni..aku akui,masa aku sekolah dulu senang je cara beliau mengajar..masuk kelas,keluarkan Al-Quran.bukak surah yang ade dalam silibus.pesan kat kitorang suruh hafal,minggu depan nak tasmik 2 helai.pastu,terus keluar.padahal masa ada lagi sejam lebih.bab tajwid terpaksa belajar sendiri.aku bukan nak aibkan beliau,tapi macamtu ke cara mengajar yang jabatan anjurkan??
dah lah,kalau aku nak cerita pasal guru aku yang sorang ni memang takkan habis..sbb dari form 1 sampai form 5 aku belajar ngan die..
tadaaa

Tuesday, May 31, 2011

anugerah dari ALLAH

rindu itu adalah anugerah dari Allah..
rindunye kat chenta hatiku..pakcik angin,tolong sampaikan rindu pada chenta hatiku di Gemas..huhu

Tuesday, May 24, 2011

babai sayang

sedihnya orang yang kusayang dah pergi jauh..
jauhnye beratus kilometer..
bile lagi kita dapat jumpa..
ahhh,jauhnyeeee..
2 bulan kita berdekatan macam 2 hari je..
sabarlah duhai hati..
banyakkan doa semoga urusan kita dipermudahkan
dan dipercepatkan..
mohon yang terbaik untuk kita..
baik-baik sayang ada aku untukmu...
pesanan untuk diri sendiri:jangan over sangat..


mentakab-kuantan-gemas..lepas ni kemane lak??

Thursday, March 3, 2011

mak masuk wad

salam...mak aku masuk wad smlm tapi bukan kerana darah tinggi mcm selalu..aku pun xtaw ape puncanye..semalam aku hantar gi klinik lepas 2-3 hari mak sakit pinggang & sakit perut..yang aku terkilan,mase ambulans bawak mak aku gi hospital aku takde.aku pegi sek..aku beli nasik untuk mak,dgn harapan mak boleh makan,tapi  rupenye mak dah lepas ke hospital..malam tadi aku pegi tengok mak.sian mak,badan menggigil2 sangat,mak tak pernah jadi macam tu..aku RISAU!!doakan kesihatan mak ye kawan2..tq

psst..1st time typing dgn airmate yg menderu2

Wednesday, August 11, 2010

aku ke UKM

salam...lame dah ak x merepek kat sini..sibuk ngan mesyuarat agung PIBG lah katekan...tapi sekarang dah lega,semua dah selesai..eh,lupe...selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak...
oke,sebenarnye aku baru balik dari UKM Bangi semalam...aku sebagai wakil famili sahabatku yang x dapat datang atas faktor jauh & kesihatan yang x mengizinkan..sebelum gi aku dah memang teruja giler.hahaha.maklumlah,dah lebih 2 tahun x jumpa sahabatku yang sorang nih..pasni mungkin x jumpa dah,melainkan seandainya dia bertemu jodoh @ bekerja di semenanjung..aku amik cuti 2 hari semate2 nak ke sane..petang ahad aku dah gerak dari kuantan.yang hampehnye,tiket kul 2.30ptg,alih-alih bas datang kul 3ptg..takpe..dimaafkan.hehe..aku sampai di hentian kajang kira2 kul 6.30ptg..sian si girak mencangak tunggu aku dari kul 6 lagi..isnin pagi,konvokesyen sidang 6 berlangsung...aku duk seat depan sekali,sebelah makcik dari besut (sempat taaruf,hehe)..klo dah duk depan,macam2 orang aku jumpa...aku jumpa abe syara(imam muda),aku nampak skulmate aku yg dah bertahun x jumpa..jumpa2 je,dah nak due ank kedua...kuawawa,congrats epy..congrats gak utk eja,izzatul,hafizuddin,faiz kunyit,mai dll..
tapi ucapan tahniah paling special utk sahabatku yang sorang nih...
yang tengah tu,bkn pengapit2nye..
tahniah jugaklah untuk pengapit yang berbaju hijau,suhaila saad..salah seorang penerima Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian (Cemerlang)...untung ila,dpt rm500.hehe...ekceli ila tu baru je aku jumpa die ahad baru nih..tapi die memang ramah gile,cam dah kenal 10 tahun..pengapit sorang lagi tu nanu...tapi x ramah cam ila tu.bese2 jer..
aha,kat UKM sempat jugak aku meronggeng ngan dila untut n wawa,kaunselor aku...sempatlah dila bawak aku makan2 kat PKNS,pastu pusing2 kat pesta konvo UKM..makan lagi dengan wawa..3 gelas air aku belasah,haus giler weh kat sane..
pagi selasa,sayu je nak tinggalkan bumi UKM..cewahhhhhhh,cam aku lak belaja kat situ.hehe..pape pun,cam aku gitau kayah semalam,mudah-mudahan nanti anak-anak aku belajar kat situ jugak..bolehlah aku ke sane lagi..amiin..oke walaweh,aku nak terawih jap..terawih kat umah jer..k,daa

Friday, July 30, 2010

gelembung

MODE : SEDIH
SEBAB : ARGHHHHHHHHHHHHHHHHH!!
KESAN : SEWEL SEKEJAP


Tuesday, March 2, 2010

saya gagal untuk senyum

.::saya gagal untuk senyum::.
.::saya gagal untuk senyum::.
.::saya gagal untuk senyum::.
.::saya gagal untuk senyum::.
.::saya gagal untuk senyum::.
.::saya gagal untuk senyum::.
.::saya gagal untuk senyum::.
.::saya gagal untuk senyum::.
.::saya gagal untuk senyum::.
.::saya gagal untuk senyum::.
senyumlah sahabat
kerana esok tiada waktu bicara
melamun pada kisah masa silam
antara waktu yang terluang
bahawa aku tiada lagi disini
buat senyum yang tragis
dan duka melanda
senyumlah sahabat
jika esok aku tiada lagi disini
demi untuk keceriaanmu
hadirnya aku
begitu membebankan
sebuah kemesraan
.::saya gagal untuk senyum::.
.::saya gagal untuk senyum::.
.::saya gagal untuk senyum::.
.::saya gagal untuk senyum::.
.::saya gagal untuk senyum::.
.::saya gagal untuk senyum::.
.::saya gagal untuk senyum::.
.::saya gagal untuk senyum::.
.::saya gagal untuk senyum::.
.::saya gagal untuk senyum::.
  senyum untuk kamu...(o_-)

Monday, March 1, 2010

Surat Untukmu Sahabat

Untukmu yang bernama teman, 
Ingin aku hadiahkan sebaik-baik kalungan, 
Seindah-seindah anyaman, 
Dari seharum-harum bunga, 
Kerana hati yang terpahat ini, 
Saban hari semakin menyayangi, 
Nilaian yang sama-sama kita kecapi, 
Kenangan yang tak sudah-sudah kita lakari, 
Kerana aku perantau, 
Yang kerap menapak dan menjajah, 
Walau dalam makna yang sementara, 
Walau secebis semangat didada. 
Contohku adalah kamu, 
Kerana tamsilanmu adalah Rasulku, 
Manusia agung karya Ilahi, 
Pembimbing umat ke jalan abadi 
Aku ingin melihat, 
Rencana yang sama-sama kita bentangkan, 
Bersemadi dalam hati-hati manusia, 
Bersemi dalam peradaban ummah, 
Tidak akan pernah cukup, 
Apa yang kita lemparkan, 
Kerna apa yang bakal dituntut, 
Itulah yang kita khuatirkan. 
Teman Bangkitkan kembali nostalgia itu, 
Bersama ukhwah kita adun kembali, 
Demi saat yang bakal kita miliki. 
Teman, 
Jangan mudah kita menafsir, 
Mimpi indah kini, 
Yang bukan untuk dirai, 
Tetapi lihatlah ia, 
Sebagai penterjemah diri, 
Dikala kita ber'uzlah sunyi 
Menghadap Ilahi. 


aku menyayangimu kerana Allah,
iLuvIslam

Sunday, February 28, 2010

Surat Untukmu Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim.. 
Ke hadapan sahabatku yang kukasihi dan kusayangi kerana Allah,

Semoga dirimu sentiasa di bawah lindungan rahmatNya serta dikurniakan tubuh badan yang sihat bagi menunaikan tanggungjawabmu sebagai seorang Muslim. Ketika nukilan ini kutulis mungkin kau sedang ditemani oleh sahabatmu yang mampu menceriakan dirimu lebih dariku. Walau bersama siapapun dirimu ketika ini, walau siapa jua di sisimu, diriku tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dirimu..



Sahabatku, 
Kadang-kadang banyak perkara yang ingin kukongsi bersama dirimu. Bila kusedar tentang siapa diriku pada pandangan matamu, cepat-cepat aku padamkan keinginan hatiku itu. Aku mengerti bahawa aku bukanlah sesiapa pada dirimu. Tapi bagiku dirimu amat bererti buat diriku. Sejak aku mengenali dirimu, banyak perkara yang tak pernah aku bayangkan menjadi sebahagian dari kisah hidupku telahpun kutempuhi. Ianya amat beerti bagi diriku yang masih mencari tentang erti kehidupan yang sebenar.


Sahabatku, 
Aku tertanya ke mana hilangnya kemesraan hubungan kita. Kenapa kau mendiamkan diri dan tidak menjawab semua panggilan & pertanyaanku? Jika benar diriku ada berbuat salah dan melukai hatimu, maafkanlah diri ini kerana aku jua manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Khabarkan pada diriku tentang apa yang telah aku lakukan yang membuatkan dirimu menjauhkan diri dariku. Meskipun aku sendiri tidak mengetahui apakah silapnya aku. Jika dirimu enggan memaafkanku, apalah dayaku kerana hanya kau yang berhak untuk memberikan kemaafan padaku. Sahabatku yang lain pernah berkata 'Orang yang memaafkan kesalahan orang lain punyai jiwa yang besar'. Mahukah kau menjadi seperti mereka?

Sahabatku,
Aku tidak mampu lagi untuk menyusun madah kerana setiap kali diriku mencoret nukilan buatmu aku dapat rasakan yang kau semakin jauh dariku. Ambillah sebanyak mana waktu yang kau mahukan. Akanku didik diri ini agar sabar dalam menanti sebuah kemaafan darimu. Jika itu harga sebuah kemaafan yang perlu kubayar akan kusabar dalam penantian ini.

Sekian dariku. 

iLuvIslam
 ❤ ❤ ❤
Ketika sahabat menjadi seteru, ketika sahabat meninggalkan kita, ketika sahabat semakin menjauh…sedarlah itu adalah satu proses menuju kematangan…

Tuesday, February 16, 2010

aku berhenti mengharap...


Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua…

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Saturday, February 6, 2010

serabut.....sabut.....meroyan........koyan

salam...lama tak merepek..hehe..ekceli,minggu ni bizi jugak lah..takde ape pun nak cite tapi Jumaat baru ni guru2 termasuklah aku ada meeting.sebagai setiausaha, kehadiran aku sentiasa dinantikan.hehe...ak terlambat 5 minit je,tapi ade riak tak puas hati di wajah seorang senior aku nih.tapi aku buat tak tau je sebab aku memang dah paham sikap dia dari dulu memang dingin terhadap aku.apa aku dah buat kat dia pun aku tak tau..lupakan pasal singa tu.hehe..mesyuarat diteruskan dari satu agenda ke satu agenda,aku sekadar pasang telinga dan catat segala perjalanan mesyuarat tersebut..perkara terakhir kami bincangkan adalah berkenaan pertandingan ilmiah.macam2 acara ada.semua guru mesti jadi penyelaras acara yang dah ditentukan.tup2,aku dilantik sebagai penyelaras kalam jamaie.sentap mak..haha.aku punyalah berharap part syarahan arabic,lain lak aku dapat.nak tak nak redah jer...kira ok jugak sebab dengan cara ni aku boleh korek kebolehan aku.sekurang2nya singa tu tak pandang serong kat aku nih kan...tapi yang aku serabut dan meroyan sangat nih,dari mane aku nak mulakan buat skrip nih...dalam masa yang sama jugak,aku ditugaskan untuk siapkan usul2 mesyuarat agung sekolah,petang esok kena submit.tugasan dapat pagi tadi..adeiii..sangat2 serabut..tapi sahabat aku,Kurnia bt Abd Wahid pesan kat aku tadi: la yukallifullah nafsan illa wus'aha..-ALLAH swt tidak meletakkan kita disitu andai kita tidak mampu.i-Allah awak mampu,cuma awak perlu sabar dan minta dipermudahkan olehNya.terima kasih sahabat..oke lah.cukuplah meraban hari ni.jom tengok muvi ketika cinta bertasbih 2,release tension jom.......zasss

Saturday, December 19, 2009

untuk mak


mak saya masuk wad 8:30mlm tadi.doakan kesihatan mak saya ye sahabat-sahabat..tq
~9:00pm~

Friday, December 11, 2009

ade semangat,mane kemahuan..


Firman Allah,
'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.'
(Yaasin: 36)
Musim cuti sekolah ni ade je kenduri perkahwinan dimane-mane termasuk dikalangan teman-teman saya sendiri..seronok diorang dah melepasi satu lagi fasa kehidupan..seronok ke?hehe
entahlah,sejak menginjak usia 23 tahun ni kerap sangat soalan "bila nak kawin?" ditujukan kat saya.kat facebook,friendster,ym pun,kadang-kadang dalam sms pun ade kawan tanya..tak ketinggalan jiran-jiran kat umah nih.ape jawapan yang saya nak bagi??sudah tentu saya akan jawab "akan datang kot"..itu jawapan di mulut saya..tapi dihati lain sangat jawapannya..jawapannya saya takde kemahuan..teman saya bagitau tak baik macam tu.saya tau & sedar hikmah perkahwinan,antaranya:
*cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks.melalui ini perzinaan,liwat,pelacuran dan sebagainya dapat dielakkan.
*Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
*Memelihara kesucian diri
*Melaksanakan tuntutan syariat
*Menjaga keturunan
*Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
*Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
*Dapat mengeratkan silaturahim
tapi hati saya kuat mengatakan saya tak ada kemahuan..puas saya fikirkan puncanya.dan saya ada sebab yang tersendiri yang tak perlu saya jelaskan kat sini..saya sedih dengan keadaan saya sekarang.terlalu mengikut hati..maha suci Allah.sesungguhnya Allah menciptakan setiap makhluk itu berpasang-pasangan.
~out~

http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com

Wednesday, December 9, 2009

aku & mereka..miss u guys

salam..terlalu bosan rasenye menghabiskan cuti yang sangat panjang kat umah jek,huhuhu..awalnye adelah aktiviti..kebelakangan nih takde lak..adoyaii..tapi sajelah nak flashback aktiviti menarik cuti nih..hehehe
30/11/09-2/12/09
bosan sangat duk umah,lepak rumah bujang kak chik kat taska ibnu abbas..seronok,main masak-masak..dah lame tak hidup sesama bujang katekan..hahaha.daripada takde kerja baik duk sini..opps,tengahari sempat la jugak kua ngan dak alin ke ECM makan-makan kat situ..thanx a lot lemon tea..hehe..
2/12/09-4/12/09
nilah paling ditunggu-tunggu...jam 8:30pagi bergerak ke kuala lipis menemui buah hatiku,wan..hehehe.wan hafizah,2 tahun tak jumpa makin sarat menanggung rindu..juga marya & faridah..tq fairuz sudi temankan marya pick up sy kat bandar..tq segalanya untuk marya (makan-minum-tidur-dll)
4/12/09-5/12/09
mula travel ke kl dengan immah & umie..sian immah penat,huhu..lipis-kl-tanjung malim-slim river-taman seroja..penatnye.tapi terubat penat akhirnye dapat berkumpul dengan insan-insan yang ku sayang..lepas majlis balik kuantan semula dengan sue.btw immah jangan jeles dengan bas yang kami naik..hehe
6/12/09-8/12/09
memenuhi undangan walimah raudah & arif di chini timur 2..walaupun agak lewat tapi rezeki kami masih ade..sempat la jugak bercengkerama ngan sue sampai selasa..gagaga..sempat lak gi ECM lagi jumpa solehah,alin & temannye.opps,teman sue pun ade..kebetulan sale,beli baju untuk permata hatiku irfan..
9/12/09------
ahhh..boring.xde aktiviti..hopefully wan dapat datang hujung bulan nih..
cukuplah meraban kali ni..out~~

me,immah,sue,umie n pengantin~adah

wan,me,marya

Saturday, November 28, 2009

Cinta Datang Lagi



Sejak aku bersendiri
Tiada lagi cinta di hati
Cinta kini kan bererti
Tak mungkin akan ku ulangi
Tapi kini ku temui
Wajah dia seiras wajahmu
Membuatku terus keliru
Pandangannya buatku termanggu
Cinta datang lagi wajahmu terbayang
Terasa rinduku kini kan berulang
Cinta datang lagi senyuman menawan
Sukar untuk aku cuba melupakan
Degupan jantungku rasa kehangatan
Debaran asmara pun tidak tertahan
Tunjukkan ku jalan agar sinar terang
Inikah cinta ataupun kebetulan
Ku mencari cinta abadi
Mungkinkah ianya kan datang lagi
Tak pernahku merasai
Getaran cinta sebegini
Tapi kini kisah lalu
Membuat aku rasa ragu
Cinta suci dinodai
Tak mampu ku tempuhi lagi.
Apa harus aku lakukan cinta datang lagi
Kerna diriku pernah terluka pedih
Ku lebih senang sendiri
Sejak aku bersendiri
Tiada lagi cinta di hati
Cinta kini tak bererti
Tak mungkin akan ku ulangi
Tapi kini kisah lalu
Membuat aku rasa ragu
Cinta suci dinodai
Tak mampu ku tempuhi lagi.

Thursday, November 26, 2009

menghitung detik...

salam~
dah lama tak meraban kat blog ni,asyik post artikel jek..hari ni nak meraban lah sikit..hehe..menghitung detik.ye,menghitung detik..detik ape tak tahu lah..tapi sekarang dalam mud tersebut..hihihi.memang meraban..
menghitung detik :
* nak naik bas..( dah lame sangat tak travel ngan bas )
* nak jumpa my sis yang dah dekat 3 tahun tak jumpa ( miss u so badly,hehe)
* nak jumpa die,die,die & pengantin kita,'kamu'
* 'kamu' bergelar isteri
aha...menghitung perkara 2,3 & 4 yang membuatkan aku teramat excited tahap gaban lebih-lebih perkara 4 tuh..aduss,bercampur baur perasaan aku sekarang nih..gembira sangat,sedih sangat pun ade..kenapa gembira?gembira sebab 'kamu' akan mendirikan masjid & bergelar isteri lepas ni...kenapa sedih sangat?sedih sangat sebab lepas ni 'kamu' akan ada komitmen lain yang lebih penting..means,'kite' takkan cam dulu lagi.huaaa..susah dah nak rewang ngan 'kamu' sesuka hati jek..takpelah,takkan selamanya 'kite' nak hidup bujang je kan..dah pun diciptakan manusia berpasang-pasangan,'kamu' adalah salah seorang dari mereka..tapi aku tetap sedih,tak nak tengok 'kamu' nikah leh tak?huaaaaaaaaaa...cukuplah meraban aku dikala ni.out~~

Tuesday, November 24, 2009

Ketika Cinta Bertasbih


Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta


Friday, November 20, 2009

satu kehilangan..

Salam..hari ni berlaku lagi satu kehilangan..salam takziah untuk teman seperjuangan Faridah Ahmad atas pemergian ayah tersayang tengahari tadi sebelum solat jumaat..=((
Awalnya,agak terkejut..sebab baru lagi bersembang dengan Farid yang dalam mud ceria beberapa hari lepas.takde cerita beritahu arwah sakit ke ape,maksudnya arwah sihat2 saje walaupun ade jugak penyakit..tapi,itulah..ALLAH lebih sayangkan arwah..semoga arwah sentiasa dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang2 soleh.amiin ya ALLAH..to Farid,sabarlah ye.jangan terlalu sedih,tak elok..doakan untuk arwah..al-Fatihah~~