www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws my followers...tolong tinggalkan jejak lepas anda follow blog sememeh saya,tq atas kesudian
Showing posts with label kisah ❤ kami ❤. Show all posts
Showing posts with label kisah ❤ kami ❤. Show all posts

Thursday, December 4, 2014

Setahun berlalu..sweet memories

Salam....setahun lebih x update blog ni..huhu..bzi sangatlah konon..punca-punca & asbab x update tidaklah diketahui.hihi..
Alhamdulillah dalam masa setahun ni banyak kenangan-kenangan indah buat kami sekeluarga..bermula pada februari 2014 kami dapat duduk kuarters dalam kem.maknanya tak perlu lah kami menyewa hotel lagi setiap hujung minggu.kemudian bulan mac 2014 saya disahkan hamil kali kedua  lepas keguguran pada 23/10/2013 hari tu.gembira tak terkata..terima kasih Allah..walaupun dah dapat kuarters kami tetap dapat jumpa hujung minggu je,sebab permohonan pertukaran saya masih diproses..akhirnya pada awal julai (beberapa hari berpuasa) permohonan pertukaran saya diluluskan..saya ditukarkan ke Sk Abu Bakar Mentakab,lebih kurang 10km dari kem..
Dan yang terbaru,16/11/2014 saya selamat melahirkan cahayamata kami yang pertama.Alhamdulillah..anak kami lelaki,berat 2.7kg lahir jam 2.05 petang tapi dalam surat beranak 2.01 petang..pon bolehhh
Muhammad Mursyid Haseef  Bin Maznan,inshaAllah bakal mufti besar nanti..
Jumpa lagi pada entri yang akan datang ye(tak tau bile,hihihi)

Sunday, October 27, 2013

kehilangan yang besar

salam..dukacita je rasa nak update blog hari ni..mood ke laut bila suami dah balik ke kem lepas asar tadi.actually suami saya bercuti selama 3 hari,sebab isteri dia ni masuk wad..kenapa?
sejak 13.10.2013 saya mengalami pendarahan yang tak teruk,lebih kepada spotting,bukan bleeding..saya fikir mungkin sekejap je ni tapi saya tetap ke klinik swasta untuk pemeriksaan.bila scan,kantung tak kelihatan.dada dah sesak nih.saya balik rumah keadaan tetap sama sampai 21.10.2013 saya pergi ke hospital pulak..6jam saya kat hospital,biasalah hospital kerajaan..slow!mulanya saya scan di bilik rawatan kecemasan..kantung ada tapi kurang jelas.saya dirujuk ke doktor sakit puan.scan lagi sekali kat perut,janin kecil macam 6minggu,sedangkan kandungan saya dah 12minggu.jantung pun tak berdegup..untuk pengesahan,scan ikut bawah pulak.keputusan yang sama.doktor suruh saya balik dulu dan tunggu dalam masa seminggu,mana tau janin akan keluar dengan sendiri.kalau tak keluar saya terpaksa serah diri pada 28.10.2013.saya tak mampu cakap apa-apa masa tu..keluar dari hospital menuju ke parking kereta yang agak jauh,airmata saya menderu turun.
balik rumah saya buat solat hajat mohon dipermudahkan semuanya..23.10.2013 saya tertidur lepas zohor..dalam pukul 4.30 petang saya terjaga,nak ke bilik air bersiap untuk solat asar.elok je bangun dari katil saya rasa nak buang air,tak dapat ditahan-tahan..saya dapat rasa sesuatu yang aneh.Allahu Rabbi,saya keguguran!!saya panggil mak saya,syukur juga abah saya balik kerja awal hari tu.saya cuba col suami tapi tak dapat memandangkan dia bertugas masuk hutan di Gemas.saya cuba hantar sms dengan harapan akan sampai sms ke sana..
saya dah mula sakit-sakit,kami berkejar ke HTAA Kuantan..dalam 6.00 petang kami sampai terus ke bahagian kecemasan.malangnya sekali lagi lembab kat situ.saya terpaksa menunggu 2 jam sebelum dapat rawatan.darah membuak-buak,basah pakaian dengan darah..dengan perut sakit sangat-sangat..bila doktor tengok keadaan saya,saya dikejarkan ke wad kecemasan.doktor berusaha keluarkan baki darah beku yang tertinggal.tapi tak dapat keluarkan semua.saya dipakaikn pakaian pesakit,kena ambil darah dan dimasukkan air.agak lama saya kat situ..pukul 10.30 malam saya dihantar ke wad.sian mak & abah saya terpaksa tunggu sampai malam.dalam perjalanan balik mereka singgah di kem batu 10,buat mesej untuk suami saya.dengarnya 2 pagi baru mereka sampai rumah.ingatkan dah lega,sekali lagi saya ke bilik rawatan wad teratai 2c.kat situ doktor cuba keluarkan lagi,dalam pukul 12 tengahmalam baru lah saya dapat rehat di katil..
dalam pukul 4 pagi nurse datang kejutkan saya untuk suntikan mengecutkan rahim.saya yang mamai pakai angguk je.pagi esok saya ke bilik rawatan lagi,doktor scan dan beritahu yang saya terpaksa dicuci sebab ada lagi yang tertinggal.tapi Allah mudahkan,pakar beritahu tak perlu cuci.Alhamdulillah.......petang 24.10.2013 saya dah boleh discharge.syukur...malam tu baru suami saya sampai ke rumah,agak lewat sebab dalam bertugas susah nak balik.
bila dah balik saya masih sakit-sakit..dan pagi tadi baru lah keluar janin yang sebenarnya..Allahu Rabbi..mujur takde ape-ape kat saya selama beberapa hari ni.kehilangan Abdullah sangat perit bagi saya.3bulan saya mengandung tapi bukan rezeki kami.kami suami isteri redha..mungkin ada yang lebih baik untuk kami berdua.kesudahnnya,saya dah 5 hari berpantang...rupanya lagi teruk dari pantang orang bersalin.takpalah..yang penting sihat..
Abdullah sentiasa dihati Abah & Ummi

Sunday, September 29, 2013

picnic @pantai sepat

semalam kami berdua pi picnic kat pantai sepat, tak jauh sangat lebih kurang 30minit dari rumah.kebetulan rajin buat nasi lemak.dah dua minggu plan nak gi picnic sebenarnya tapi dah dua minggu berturut-turut suami tak dapat balik.minggu ni Alhamdulillah ada peluang kami nak jumpa.macamni lah kalau pjj.
sedih pun ada tapi apakan daya,dua-dua cari rezeki nak besarkan keluarga.mak saya pesan sesekali suami balik kena ajak kuar jalan-jalan.huhu..mak saya sangat memahami..
ni je yang kami makan semalam,pastu suami ada beli buah langsat 3kg rm10, tak larat nak makan.lepas makan-makan lepak jap tepi pantai sambil ambil angin.masa bertunang dulu pun kami kerap jalan ke sini sebab keadaan situ tenang sangat walaupun orang sentiasa ramai.tak macam teluk chempedak,awal-awal lagi dah sesak cari parking..
taraaaaaaaaa...ni kain cotton nak buat sarung tilam, bantal & bolster baby..saya berkenan yang lain tapi suami pilih yang ni.takpelah bagi abah peluang.hehe..
ok lah,banyak kijaan nak buat sebenarnya nih.keje sekolah menimbun,saje tension-tension update blog yang bersawang ni..okebai!

Tuesday, August 27, 2013

Syukur,syukur ya Allah

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah,syukur ya Rabb dengan rezeki yang dikurniakan.moga ALLAH memudahkahkan urusan kami sekeluarga.inshaALLAH

Tuesday, July 17, 2012

rindu

Jauhkan aku dari bisikan syaitan yang direjam..

*gmbr hiasan semata2


Friday, June 8, 2012

FASA 1 & 2

Alhamdulillah..masanya telah pun tiba..bakal dirisik & bakal ditunangkan pada 19 Jun 2012..weekdays kan,tapi nak buat macamane,takde tarikh dah.terpaksa apply cuti dengan Guru Besar..doakan kami kekal ke fasa seterusnya ye kawan-kawan

Tuesday, March 20, 2012

selamat ulangtahun

selamat ulangtahun ke-2 buat Cik Norharyanti & Encik Maznan..
moga dipermudahkan segala urusan kita

Monday, February 13, 2012

terkenang kenangan

ehem2..hari ni 13 feb 2012.means dah 2 tahun kisah ni berlalu..
13 feb 2010 1st time jumpa ngan chentaku kat bandar Temerloh..serius kelakar bile diingat-ingat.
yelah,kitorang berkenalan melalui kawan-kawan.tengok gambar je kot..
gile segan aku time tu..tengok orangnya kecik je,macam tak sepadan ngan si comel cam aku ni.haha..lokasi depan kedai Kaid Johar.sebab kedai tu je yang aku tau kat Temerloh tu.huhu..Alhamdulillah terus berkawan sampai hari ni..mudah-mudahan kami cepat-cepat disatukan.amiin..[doakan same ye kawan-kawan]

Monday, January 30, 2012

hariku indah

pagi ni rasa indah je..ntahlah.aku tak perlu ucapan cinta & sayang..cukup sekadar kata-kata yang mampu membuatkan aku berpegang teguh padanya..aku menyayangimu kerana Allah

Thursday, January 19, 2012

maafff

selalu salah faham!!ni lah yang dikatakan dugaan sebelum mengecap nikmat cinta yang halal..betul tak anyone yang dah kawin??
tu lah yang aku alami..aku la yang mengade-ngade.adess
maaf abang ye,bukan ragu-ragu..insyaAllah Allah permudahkan urusan kita..
tak sabarnye *gediksss*
dapat lagu ni sebijik,terasa kena ke muka..gagaga...
maafkan segala sengsara lama
meskipun bermula dari diriku
tak mungkin akan terulang kembali
ini janjiku yang terakhir

Sunday, January 15, 2012

moga selamat


bakal my MIL  terpaksa menjalani pembedahan tiroid 25 jan nih..
tapi esok kena pegi check kedudukannye dulu,takut kena kat peti suara.kalau kena alamatnya takde suara lah lepas pembedahan..hopefully sume ok makcik..sama-sama kita wat solat hajat dan berdoa.takut sangat katenye tadi.dalam pada takut sempat lagi gelak-gelak.
kuatkan semangat makcik k..insyaAllah pembedahan tu berjaya dan tak menjejaskan ape-ape.

*eh,entri ke-400 dh upenye

Thursday, December 1, 2011

syukur Lillahi Taala

alhamdulillah ❤chentaku beransur sihat..pagi tadi dia pegi hospital jumpa doktor pakar & buka besi,simen kat dua-dua kaki & tangan kiri.syukur ya Allah

Sunday, November 13, 2011

25

ape ada pada 25??
target aku kawin di usia 25tahun..so,tahun ni lah.
calon aku pun target umur 25tahun gak nak kawin.
tapi,lagi 2tahun baru umur dia 25tahun.huwaa..
*kawin tua lah aku

Thursday, November 10, 2011

Mane pilihan anda?

aku baca kat wall FB DJ LIN..
pada pendapat aku,tak kisahlah pasangan aku tu lebih tua atau lebih muda [xnak TERLAJAK tua]..
muda pun xnak lah muda sangat.contoh aku umur 25,bercinta dengan lelaki umur 18.&^%^$%%&..tak terima dek akal.haha..
ok,pengalaman berkawan banyak mengajar aku..aku pernah berkawan dengan lelaki tua 5thn dari aku,masa belajar kat KUIN dlu lah.tapi x berjodohan.dia terpaksa terbang berkhidmat kat negeri dia.sekarang dah kawin,baru je..
2nd,tua setahun je ngan aku..siap datang merisik lagi.dah merisik dia mula nak control aku..go hell.
3nd,tua setahun gak..terpaksa bertunang dengan pilihan keluarga.dah setahun lebih bertunang,tak kawin pun lagi?ape celoppp..
4th,muda 2tahun dari aku..alhamdulillah dah 2tahun berkawan sumenye ok.sedang merancang nak nikah,insyaAllah..
kesimpulan dari senarai kat atas,pilihan ke4 adalah yang terbaik bagi aku.dia tak sama dengan pilihan 1st hingga 3rd..hati aku lebih tenang berkawan dengan dia..bila pilihan 1st hingga 3rd tinggalkan aku,langsung aku tak sedih..mungkin inilah hikmahnya.Allah mengurniakan yang lebih baik insyaAllah..
so Dj Lin,mane2 pun same '',
[entri ntah pape]

Friday, October 28, 2011

gemuks

syg nampak makin gemuk lah..kuat tido lah ni.eii

rindu datang lagi [ngade2]

Bila kau kata kau sayang
Terus aku tersenyum
Dan lantas kumenjawab
Hmmm....mmm
Aku juga sayang padamu
Bila kau kata kau rindu
Aku pun rindukanmu

Dan lalu kujelaskan
Kita sudah saling Oh jatuh cinta
Kau hadir saat aku memerlukan penawar duka lara
Setelah lama hidupku kesepian
Terbalut lah lukaku dengan harum cintamu
Terima kasih kuucapkan
Senyumanmu sering ku terbayang
Terlepas rinduku bila dengar suaramu
Terasa bagaikan kau ada di sisi
Di mana saja ku berada
Aku pun berdoa pada Tuhan
Semoga cinta kita berpanjangan selamanya

Berkocak nafas di dada bila terpandang mu
Janganlah engkau pergi dariku...
Bila kau kata kau rindu
Aku pun rindukanmu
Bila kau kata kau sayang
Hmmm....mmm
Aku juga sayang padamu

Wednesday, October 26, 2011

sukenye dalam hati

alhamdulillah..aku mampu tersenyum dan 'hujan' sudah berhenti..
kenape?dapat pegi melawat chentaku kat kampung..syukur dia sihat,cuma nak kemane-mane kena dukung.yelah.dua2 kaki patah..
jutaan terima kasih & penghargaan yang tak terhingga buat immah ahmad,sudi membantu..hanya Allah dapt membalas jasa baik awak..insyaAllah saya akan bantu awak pulak nanti..
aha,ni chentaku...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tgk kaki tu..emm
semoga cepat sembuh ye cik abg

Sunday, October 23, 2011

bila diri disayangi

dah seminggu tak rasa diriku disayangi..huk3..
malam ni baru dapat rasa semula w/pun sekadar dalam sms..
tq abg.moga cepat sembuh,cepat boleh jalan

Thursday, October 20, 2011

anugerah rindu

rindu tak terhingga pada chentaku..sangat2.ada hikmah setiap kejadian yang berlaku.
baru akan dapat rasakan.ya Allah.kuatkan hati aku.
hari-hari yang berlalu tak macam dulu lagi.aku faham (saje buat2 faham)
gelora dihati tak siapa tahu..
semoga cepat sembuh ye!!!

Sunday, October 16, 2011

pliz stop it

berhentilah duhai airmata..
dr malam semalam tak berenti ni kenapa..
lebih-lebih lagi bile dengar suara chentaku yang terlantar kat wad sekarang..
sebak semacam,nak jawab 'ye' pun aku dah tak mampu
maafkan sy duhai chentaku