Hijau?ape ade dengan hijau...hijau adalah warna paling aku suka.entah lah kenapa.baju-baju kurung banyak warna hijau.blog pun warna hijau.kalau sape2 yang memang mengikuti blog aku ni mesti perasan yang background mesti hijau.profil friendster aku pun hijau.hijau hijau hijau.kalau ke kedai nak beli kain pasang warna hijau jer aku nampak cantik,hati pun berkenan..aku pun tak perasan selama nih aku gila warna hijau sehinggalah isteri bekas majikan aku tegur & bertanya kenapa aku selalu nampak hijau.hehe.takde jawapan.tapi aku rase hijau warna yang tenang,setenang alam ciptaanNya.tq kak ana menyedarkan,eheheh...meh kita tengok info2 tentang warna hijau yang jadi kegilaan aku sangat nih..
*Hijau - Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot-rahsia warna
*Warna Hijau - Mereka yang meminati warna ini merupakan seorang yang berperikemanusiaan dan amat prihatin. Biasanya apabila mereka mempunyai masalah, mereka akan merujuk kepada alam sekeliling bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan mereka. Awas, mereka yang meminati warna hijau ini adakalanya tidak boleh dipercayai, biarpun mereka bersikap berhati-hati apabila melakukan sesuatu perkara.
maknanya,ada yang positif & negatif lah jugak aku ni.tapi ada gak yang kurang tepat.aku suka bergaduh..haha.patuh pada pegangan agama pun 99% jer..ade lagi kejahilan2 aku..kolot?mungkin lah..
kesimpulannya,kaedah warna diri- menentukan ciri-ciri atau potensi-potensi yang terpendam dalam diri seseorang. Jika ditanya warna apakah yang paling baik? Jawapannya ialah tidak ada warna yang lebih baik atau lebih buruk daripada yang lain-lain. Setiap warna mempunyai kelebihan dan kekurangan yang setara di antara satu sama lain. Terpulanglah kepada individu itu untuk membangunkannya atau membiarkan ia terpendam begitu sahaja..sekian..


No comments:
Post a Comment