aku berminat nak kongsi benda ni yang aku amik kat blog Dr.Ummi:
Bagaimana CT Scan Membantu Dalam Mendiagnosis Sakit Kepala & Migrain?
CT Scan kepala selalunya dicadangkan untuk mereka yang setiap hari atau hampir setiap hari mengalami masalah sakit kepala.CT Scan membantu doktor mengesan punca-punca sakit kepala yang disebabkan oleh:
1. Ketumbuhan otak
2. Jangkitan otak (Kudis / Abscess)
3. Hidrocephalus (penghasilan cecair serebrospinal yang abnormal di dalam otak)
4. Penyumbatan sinus
5. Luka
6. Pendarahan otak atau aneurysm.
Sebenarnya CT Scan tidak boleh mendiagnosis migrain tetapi apabila semua punca di atas telah disahkan tiada, maka kemungkinan sakit kepala berpunca daripada migrain adalah tinggi.
Sakit Tak Ujian CT Scan Ini, Doktor?
Apa sakit pulak? Tak sakit langsung! Anda hanya akan diarahkan untuk berbaring sahaja di katil. Kat mana sakitnya? Kalau adapun hanya suntikan kontras yang akan diberikan bagi lebih menjelaskan imej CT Scan yang tertera. Suntikan tak sakit manapun, kan?
Pesan Dr.Ummi
Di zaman sains dan teknologi ini, macam-macam cara dan kaedah boleh digunakan untuk mengesan penyakit. Alatan semakin canggih, manusia semakin berpengetahuan. Sayangnya, berapa ramai di antara kita yang mencari-cari peralatan atau kaedah untuk men'scan' atau mengesan dosa? Sudahkah amalan kita selama ini cukup untuk melayakkan kita menghuni syurga atau dosa-dosa kita yang sebenarnya melebihi timbangan? Wal'iyazubillah...
Kembalilah kepada Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia merupakan scanner yang terhebat di sepanjang masa, zaman dan keadaan!

No comments:
Post a Comment