www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws my followers...tolong tinggalkan jejak lepas anda follow blog sememeh saya,tq atas kesudian

Monday, December 28, 2009

selamat pengantin baru mak nini & pakcik rahim


CHEROH – Mengambil masa sehingga sedekad dengan mengekalkan status bertunang bukanlah perkara mudah untuk dilalui kecuali mereka yang benar-benar sabar dan percaya pada setiap jodoh yang ditetapkan Allah SWT.
Pasangan Norini Mat Yatim, 33, mengakhiri sedekad penantian untuk bersama pasangannya Ibrahim Mat Zain, 40 dari Kampung Melayu Sempalit, dekat sini.
Mereka mengikat tali pertunangan pada 1999 dengan harapan mengakhiri zaman bujang secepat mungkin, tetapi semua ketentuan Allah SWT memanjangkan tempoh ikatan pertunangan mereka sehingga selamat disatukan kelmarin.
Abang Norini yang juga wali menguruskan perkahwinan mereka, Zulkifli Mat Yatim, 35, berkata, pelbagai dugaan dan cabaran ditempuhi sepanjang tempoh adiknya mengikat tali pertunangan tetapi berjaya ditempuhi dengan sabar.
Menurutnya, sebagai ketua keluarga dia juga tidak terkecuali daripada menerima pelbagai soalan dan pertanyaan jiran tetangga tetapi tetap bangga dengan kesabaran adiknya menanti saat disatukan.
“Perkara terbaik yang pernah saya lihat adalah kesabaran pasangan tersebut mengharungi cabaran, saat suka dan duka sehingga selamat disatukan,” katanya ketika ditemui di sini.
Berada dalam daerah yang sama pada jarak tidak sampai 30 kilometer bukanlah penentu pasangan ini mudah diijabkabulkan pada tempoh yang dikehendaki.
Biarpun berada dekat, dugaan dan cabaran hidup memanjangkan tempoh pertunangan mereka sekali gus mematangkan perhubungan yang terjalin sejak sekian lama.
“Saya bersyukur dan amat berterima kasih atas sokongan serta dorongan keluarga yang sentiasa memihak kepada saya sehingga menamatkan penantian sejak 10 tahun lalu.
“Saat manis disatukan bersama pasangan tidak akan dapat saya lupakan sampai bila-bila dan akan menjadi kekuatan kepada saya untuk menempuhi alam rumah tangga di hari mendatang,” kata Norini.
SELAMAT PENGANTIN BARU 26 DIS 2009
sinar harian

No comments: