www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws my followers...tolong tinggalkan jejak lepas anda follow blog sememeh saya,tq atas kesudian

Friday, March 26, 2010

tahniah LEPAR HILIR 1..teristimewa utk my luvly abah & mak

KUANTAN – Riak kegembiraan jelas terbayang pada wajah 444 peneroka Felda Lepar Hilir 1 apabila menerima suratan hak milik peneroka yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob selepas kira-kira 28 tahun mengusahakan 4 hektar tanaman kelapa sawit di tanah rancangan itu, di sini. 
Ketua Blok 4, Abdul Hamid Aziz, 64 berkata penyerahan suratan itu sebagai penghargaan di atas usaha yang digarap peneroka dan Felda dalam memastikan tanah rancangan berjaya. 
Beliau berkata penantian selama 28 tahun dianggap berbaloi kerana pelbagai manfaat diperoleh selepas menjadi peneroka dan ladangnya diuruskan Felda. 
“Saya gembira kerana berpeluang mengambil sendiri surat hak milik ini memandangkan ramai dalam kalangan rakan-rakan saya telah kembali ke Rahmatullah. 
“Kesinambungan ini akan diteruskan anak saya sekiranya saya meninggal dunia kelak. Dengan hasil inilah saya bina keluarga,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar Hilir, semalam. 
Rakannya, Omar Ahmad, 50 berkata, usaha dan pelan perlaksanaan yang dilaksanakan Felda banyak memberi keuntungan kepada peneroka, malah ia bukan hanya hasil tetapi turut merangkumi kebajikan mereka. 
Menurutnya, segala fitnah yang dilemparkan mereka tidak bertanggungjawab kepada Felda tidak benar kerana pengurusan yang dijalankan relevan dan terbaik untuk peneroka. 
“Gembira tidak dapat digambarkan lagi apabila menerima suratan hak milik ini, namun sedih kerana ada pihak yang sanggup melemparkan pelbagai tohmahan dan mengada-adakan keburukan Felda. Sebenarnya apa yang disuarakan tidak benar. 
“Pengurusan Felda berada pada tahap terbaik setiap masa, maka tidak wajarlah sekiranya kita peneroka mencari kesalahan dan keburukan yang sebenarnya tidak wujud semata-mata tidak puas hati,” katanya.

** sinar pahang

No comments: