www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws my followers...tolong tinggalkan jejak lepas anda follow blog sememeh saya,tq atas kesudian

Saturday, April 3, 2010

.......cinta??



cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala
semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan
dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama
cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara
hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..
_____________________________________________________

Bukan ku bermain cinta
Dan bukan ku berpura
Akhirnya kita terpisah jua
Suratan yang melanda
Bulan bintang matahari
Dan api cinta ini
Tetap bersinar dan bercahaya
Panas cinta membara
Cintaku kepadamu semanis madu
Bersinar dihatiku adalah rindu
Andai terciptalah istana di bibirmu
Mengapa musnah roboh dihatiku
Kerana cinta aku tersiksa
Kerana cinta merana
Kerana cinta aku terpedaya
Kini dikau tiada...

oke..kat atas ni 2 lirik lagu yang tajuknya sama iaitu kerana cinta,pertama nyanyian inteam ft mestica & yang kedua nyanyian medicine..bukan pasal lagu yang aku nak sentuh kali ni.tapi pasal .......CINTA.ada satu madah tentang cinta aku ada jumpa.. “Cinta itu kuasa yang luar biasa kerana mampu membuat seseorang melakukan sesuatu yang tidak terfikir oleh akal. Qois mati mendakap nisan Laila, Sappo dalam dongengan Yunani sanggup terjun dari puncak karang yang tinggi kerana berat menanggung rindu dan cinta, Rama sanggup berkorban apa saja demi Sita, Shah Jehan membina Taj Mahal sebagai bukti cinta kepada isterinya, kisah Laila dan Majnun serta Romeo dan Juliet membuktikannya.”
aku bukan nak agungkan cinta,bukan nak perlekehkan cinta dan paling penting,aku bukan dilamun cinta (buat masa sekarang)...tapi,kenapa kalau bercinta mesti rasa macam nak mati bila si dia jauh,buat tak tau,tak berhubung dan segala tak lagi..aku akui yang aku juga pernah alami walaupun tak de sampai rasa nak mati tuh..bila difikir2,tindakan bodoh je kan tu???sape yang tak setuju,sori k..ni just ape yang aku fikir..pada aku,tak payah lah bermati2an kerana cinta selagi belum nikah..dulu masa form 6 ustazah Rahmah ada pesan macamtu.sebab nanti bila dah kawin,cinta untuk suami/isteri mungkin tak sehebat cinta awal kita..kesian pasangan kita tu nanti,dapat sekelumit cinta je agaknya..maklumlah,cinta awal dulu 'kaulah bulan,kaulah bintang..andai kau tiada pincanglah dunia'...wah,kemain lagi yer..kalau nak bercinta pun,janganlah bermati2an macamtu..cintailah pasangan kerana Allah..dan kawan aku kata,bercinta lepas nikah sangat seronok..tapi manusia tak dapat lari dari cinta kan,jangan lebih dari landasan udah ler...macam lirik inteam nih:
Jika kau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu akan layu
Jika kau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia akan pergi
Jika kau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika kau mencintai Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi
Cintailah Ilahi 
apa yang aku merepek ni yer..ni sekadar peringatan untuk diriku sendiri..kalau kawan2 nak sama2 beringat ngan aku lagi bagus..ni lagi satu madah cinta..kelakar pulak aku rasa..
"Cinta adalah perasaan istimewa yang dianugerahkan kepada manusia. Cinta menghidupkan jiwa. Cinta menjadikan seseorang bahagia dan merana pada masa yang sama. Sesiapa yang memahami cinta akan menjadi tuannya, bukan hambanya."
emm..oke lah..aku nak merepek pasal ni jer..lain kali merepek lagi..zass..wasalam..
psssst..:kalau bercinta,mesti jumpa selalu ke?werkkk..hahaha

3 comments:

aDiEyLa CoMoT said...

hehehe..besttt kemerepekan itu k.yanti...renungan bersama^^..

aDiEyLa CoMoT said...
This comment has been removed by the author.
aDiEyLa CoMoT said...
This comment has been removed by the author.